Hot Posts

6/recent/ticker-posts

G-Dragon bakal tubuh yayasan anti dadah


BINTANG K-Pop, G-Dragon kini dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah yayasan untuk memerangi penyalah gunaan dadah dalam kalangan generasi muda.

G-Dragon atau nama sebenarnya, Kwon Ji Yong, 35, berkata, idea penubuhan yayasan anti dadah itu tercetus selepas dirinya terpalit dengan kontroversi tuduhan mengambil dadah baru-baru ini.

"Seperti yang anda semua tahu, saya melalui detik sukar tahun ini. Sebelum ini saya tak pernah berdepan situasi sebegini. Melalui kejadian ini, saya mendapat tahu bahawa terdapat orang yang terdedah kepada dadah dan memerlukan rawatan.

"Saya akan melakukan sesuatu yang boleh membantu mereka mendapatkan rawatan. Saya juga mahu mewujudkan masyarakat di mana semua orang boleh dihormati dan menerima layanan yang adil.

"Ada 20,000 penagih dadah di Korea dan kurang 500 daripadanya mendapat rawatan sewajarnya. Tindakan tegas perlu diambil terutama dalam kalangan golongan muda yang terdedah kepada penyalahgunaan dadah," katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan wakil pengurusan baharunya, Galaxy Corporation dalam satu sidang media yang diadakan di Seoul, Korea Selatan pada Khamis.


Terdahulu G-Dragon sebelum ini telah dituduh terlibat dengan penyalahgunaan dadah, tetapi penyanyi itu berjaya membuktikan dia tidak bersalah.

Galaxy Corporation juga memaklumkan pihak polis secara rasmi menutup kes penyalahgunaan dadah yang melibatkan penyanyi itu sebelum ini.


Post a Comment

0 Comments