Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Temui pengganti, BCL bakal nikah 2 Disember?



PENYANYI popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dikatakan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember ini.

BCL, 40, yang sudah tiga tahun bergelar ibu tunggal itu dikatakan memilih sebuah hotel terkenal di Bali untuk untuk majlis pernikahan yang difahamkan bakal diadakan secara tertutup untuk keluarga kedua belah pihak sahaja.

Khabar angin tersebut hangat diperkatakan ramai, malah pasangan terbabit dikatakan sudahpun melengkapkan segala urusan dokumentasi untuk tujuan tersebut sebagaimana yang didedahkan salah seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu Jakarta Selatan.   

Hubungan BCL dan Tiko mula mendapat perhatian ramai selepas bapa tunggal kepada tiga orang anak itu menghadiri majlis ulang tahun kelahiran BCL pada Mac lalu, selain turut dilihat menemani wanita itu ke beberapa acara lain termasuk majlis keluarga.



Kehadiran Tiko dan aksi mesra pasangan itu mula disorot ramai sehingga timbul spekulasi wujudnya hubungan istimewa antara mereka. Pun begitu, pelantun lagu Cinta Sejati itu tidak pernah tampil membuat pengesahan tentang hubungan tersebut sehingga hari ini.

BCL sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair pada November 2008. Ashraf bagaimanapun meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclair yang kini berusia 13 tahun. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments