Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Tia Jinbara meninggal dunia


P
ENYANYI yang juga bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia meninggal dunia di Hospital Shah Alam, sekitar jam 9.17 malam Rabu.

Allahyarham Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun setelah genap seminggu disahkan mengidap penyakit barah hati.

Berita tersebut disahkan isteri yang juga merangkap pengurusnya, Suzan Ahmad, setelah dihubungi pihak media.
Terdahulu, Tia dimasukkan ke hospital sama pada Rabu lalau apabila mengadu sakit perut dan sesak nafas sebelum disahkan menghidap barah hati. Difahamkan Allahyarham berusaha mendapatkan rawatan pakar dan bakal menjalani pembedahan yang dijangka menelan kos sebanyak RM250,000.

Allahyarham bersama kumpulan Jinbara sebelum ini pernah popular menerusi lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) dan merupakan bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat.

Jenazah Tia akan dibawa ke Masjid Kota Raja Klang untuk solat jenazah awal pagi Khamis dan dijangka akan dikebumikan sebelum Zuhur. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments