Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PROGRAM KHAS RTM SEMPENA PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2023




SELURUH Keluarga Malaysia pastinya menantikan tanggal 7 Oktober ini di mana Pembentangan Belanjawan 2023 diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV dan radio terbitannya turut sama mengaturkan pelbagai program khas bersempena acara penting negara ini.

Ia melibatkan program Pra-Bajet 2023 disiarkan mulai 3 Oktober 2022, Lintas Langsung Pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober ini dan seterusnya Pasca-Bajet 2023, program imbasan terhadap pembentangan belanjawan 2023.

Menerusi saluran utama TV1 pada 6 Oktober ini, RTM menyiarkan Siaran Langsung: Pra Bajet 2023, jam 9 malam dengan perkongsian tajuk khas Melaksanakan Pembaharuan Komprehensif.   

Lintas Langsung Pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober ini akan disiarkan tepat jam 3 petang.

Grandstand pembentangan melibatkan perbincangan dan ulasan berkaitan Bajet 2023 dikendalikan dua pengacara Hazel Dasmond dan Terrence Dass.

Menyusul hari sama program Analisis Bajet 2023, jam 9 malam membincangkan Pasca Bajet 2023 yang telah pun dibentangkan bersama tetamu undangan di studio.

Berikutnya pada 8, 9 dan 10 Oktober ini, disiarkan program khas Pasca Bajet 2023, jam 9 malam yang bakal mengupas perbincangan Pasca Bajet 2023 bersama tetamu antaranya terdiri daripada pakar ekonomi.

Menariknya program-program terbitan RTM pada 8 Oktober ini turut sama mengetengahkan perbincangan topik Pasca Bajet 2023 iaitu Pesona XY, jam 11.05 pagi di TV1 dan bual bicara Inggeris, Talk To Terrence, pukul 11 pagi menerusi TV2.

Diikuti pada 9 Oktober ini program Fresh Brew, jam 11.05 pagi di TV Okey dan Iris Wanita, jam 11.05 pagi di TV1 yang memberi fokus kepada perbincangan Pasca Bajet 2022 bersama tetamu undangan di studio.

Jenama Radio RTM, NASIONALfm tampil dengan program khas Pra-Bajet 2022, Alfa 102, segmen temubual bersama tetamu mulai 3 hingga 13 Oktober ini, 10.30 pagi. Pada 6 dan 7 Oktober ini temu bual bersama dua pakar dalam kalangan penganalisis ekonomi.

Menyusul program analisa dan harapan Bajet 2023 (7 Oktober ini, 4 petang) dan temu bual Pasca Bajet 2023 (10 hingga 13 Oktober ini, 10.30 pagi).

Sementara itu, MINNALfm memenuhi keperluan pendengar setianya khasnya kaum Tamil dengan siaran khas segmen Pra Bajet 2023 Kaalai Kathir, mulai 3 hingga 7 Oktober, 9.15 pagi di mana segmen ini menemubual dua pakar ekonomi dan pendidikan berpengalaman.

Diikuti segmen Aanantha Thenkaatru pada 7 Oktober, 7.15 petang dan diakhiri kupasan keseluruhan dalam segmen Kaalai Kathir pada 10 dan 11 Oktober, 8.10 pagi.

AiFM pula berkongsi program wawancara harapan rakyat terhadap Belanjawan 2023 dalam tajuk Ai Topik-Harapan PKS pada 7 Oktober ini, 9.20 pagi yang memberi fokus terhadap sektor PKS. AiFM juga menyiarkan Siaran khas: Analisis Bajet 2023 pada 7 Oktober, 6.30 petang diikuti temu bual Analisa Pasca Bajet 2023 AI Topik-Fokus Hangat pada 8 Oktober ini, 9.20 pagi.

Radio berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm menyiarkan bual bicara khas sempena pembentangan belanjawan 2023 seperti What Matters, Face to Face, W-Talk, Health on Traxx dan Spectrum mulai 26 September hingga 7 Oktober ini, 11.15 pagi bersama tetamu jemputan khas. Temu bual Analisa Pasca Bajet 2023 pula pada 8 Oktober ini, 12.30 tengah hari.

Antara program yang bakal menemani pendengar radio Orang Asli, ASYIKfm berkongsi pandangan serta kupasan pakar motivasi dalam segmen MyHik berterusan bermula daripada 3 hingga 11 Oktober ini, 10.30 pagi dan 11.30 pagi).


[KREDIT: RTM] 

Post a Comment

0 Comments