Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PROGRAM KHAS EDISI HARI KEBANGSAAN KE-64 BERSAMA RTM



SELURUH
rakyat Malaysia masih dalam perjuangan menentang pandemik Covid-19. Namun sambutan tarikh keramat tanggal 31 Ogos ini tetap menang di hati seluruh rakyat Malaysia. Hari di mana kita sebagai warganegara Malaysia melaungkan Merdeka, Merdeka, Merdeka.  

Dengan tema Malaysia Prihatin, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2021 dengan rangkaian pilihan program terbaik menghayati pengorbanan wira-wira negara di samping terus memupuk perpaduan kaum di Malaysia.

RTM menerusi saluran TV1, TV2, dan TV Okey menyemarakkan sambutannya bermula 28 hingga 31 Ogos depan.

Ia bermula dengan tayangan telefilem Kek Lapis Merdeka pada 28 Ogos ini, jam 9 malam di TV1. Drama mengisi slot Panggung RTM ini mengisahkan Azam dan Krisnan, pelajar latihan industri di kedai Kek Lapis Sarawak Pak Jalil telah memasuki pertandingan Kek Lapis Merdeka.

Mereka telah membuat inovasi untuk memenangi pertandingan tersebut. Pelakon terdiri daripada Ikmal Amry, Mahmud Ali Bashah, Joey Daud, Thheban G, dan Mamay Fung.

TV1 menyiarkan siaran langsung konsert Kita Malaysia #deminegara pada 30 Ogos ini, jam 11 malam yang menampilkan hos Aril Pilus dan Dyya Nawai serta artis-artis popular seperti Jaclyn Victor, Hafiz Suip, Hael Husaini, Jasmine Suraya Chin, Sangeeta, Beto Khusairy, UITM Koir Chamber dan Bront Palare.

Konsert ini sebagai menzahirkan rasa cinta kepada negara menerusi lagu dan irama serta kisah tentang Merdeka. Ia turut menampilkan sasterawan negara, Lim Swee Tin. Konsert diadakan di studio dan secara virtual google meet mengikut SOP.

Siaran pada 31 Ogos ini dimulakan dengan Siaran Langsung Hibrid & Terima Kasih Malaysia bermula pukul 7.30 pagi. Ia diikuti oleh dua program dokumentari khas iaitu Sukan Negara Di Mata Dunia terbitan Unit Sukan TV RTM jam 2.30 petang dan Legasi 1957, jam 4 petang yang diterbitkan Unit Majalah dan Dokumentari RTM.

Dokumentari Sukan Negara Di Mata Dunia memaparkan perkongsian setelah enam dekad melaungkan kata keramat Merdeka, atlet Malaysia telah berjaya mencapai pelbagai kemajuan di peringkat antarabangsa.

Antaranya Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicole Ann David, Datuk Azizul Hasni Awang, Pandelela Rinong dan Datuk Shalin Zulkifli. Mereka telah mencipta kejayaan di peringkat dunia dan menjadi inspirasi kepada pelapis baharu.

Sementara itu dokumentari Legasi 1957 pula tentang erti sebenar tema Malaysia Prihatin yang mencakupi peranan yang dimainkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara dan kisah seorang aktivis masyarakat, Uncle Kentang yang gigih menjalankan kerja-kerja kebaikan.

Saluran TV2 pula menawarkan telefilem berjudul Muruku Ikan Masin pada 30 Ogos ini, jam 9 malam menggandingkan Syafie Naswip dan Sangeeta Krishnasamy sebagai pelakon utama yang menonjolkan kisah perpaduan masyarakat majmuk di sebuah kampung.

Pada 31 Ogos ini juga menampilkan tayangan filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior disiarkan jam 3 petang, animasi Selamat Merdeka! jam 8.30 malam terbitan Unit Drama TV RTM dan filem Azizah The Legend, jam  9 malam.

Sementara itu TV Okey menjanjikan siaran program Cef Wira, perkongsian air tangan wira-wira negara bersama-sama Cef Naim dengan episod khas pada 30 dan 31 Ogos ini, jam 10 pagi.

Bersama-sama semarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2021 dengan menonton program terbaik dijanjikan saluran RTM.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



[KREDIT: RTM]








Post a Comment

0 Comments