Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CHE PUAN JULIANA EVANS, MIMPI SABRINA


BAGI anda yang merindui lakonan Che Puan Juliana Evans, drama terbaharu di slot Samarinda iaitu Mimpi Sabrina bakal menampilkan beliau selaku teraju utama yang bergandingan bersama  Erwin Dawson serta Josiah Hogan mulai 11 Julai lalu! 

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd arahan Nizam Zakaria ini turut menampilkan pelakon lain seperti Tasha Shilla, Amy Mastura, Roy Azman, Ako Mustapha, Marisa Yasmin dan Hamidah Wahab.




Mimpi Sabrina mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina (Che Puan Juliana Evans) anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), adik kepada pembantu rumah yang bekerja di villa milik keluarga Sabrina. 

Namun begitu disebabkan kekuatan cinta yang kukuh hubungan mereka tetap terjalin sehinggalah akhirnya berkubur begitu sahaja apabila Fahrin dipenjara atas kesalahan yang dia tidak lakukan.




ejak itu mereka dipisahkan. Fahrin dipenjarakan atas tuduhan cubaan merompak, manakala Sabrina pula dinikahkan dengan Ridhuan (Josiah Hogan) sepupunya sendiri demi menyelamatkan perniagaan ayahnya yang sedang mengalami masalah. 

Setelah tujuh tahun berlalu, cinta yang berkubur itu bertaut semula apabila Fahrin dan Sabrina bertemu semula tanpa sengaja dalam suasana yang cukup berbeza.

Sabrina sebagai jurugambar yang terkenal, manakala Fahrin pula muncul sebagai usahawan berjaya namun kekayaannya menjadi misteri. 




Ridhuan yang kecewa dengan Sabrina kerana tidak memberikan cinta kepadanya, kembali kepada bekas kekasihnya Farah (Tasha Shilla), yang juga seorang model terkenal. Kerana kecewa dan terasa dikhianati, Ridhuan menjadi seorang yang tidak amanah sehingga menyebabkan syarikat mereka menghadapi masalah kewangan yang serius.

Fahrin pula sengaja mengaburi mata Ridhuan dengan menawarkan bantuan kewangannya itu. Fahrin mengambil kesempatan kerana dia ingin memancing kembali perhatian Sabrina semula. 

Adakah Sabrina akan kembali menjalin kasih bersama Fahrin dan terus melupakan Ridhuan? Jangan lupa untuk mengikuti drama Mimpi Sabrina setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3. 



MIMPI SABRINA
Bahasa: Melayu
Hari: Setiap Isnin hingga Khamis (Mulai 11 Julai) 
Masa: 10 Malam 
Saluran: TV3
Terbitan: Radius One Sdn Bhd    
Arahan: Nizam Zakaria 
Pelakon: Che Puan Julina Evans, Erwin Dawson, Josiah Hogan, Tasha Shilla, Amy Mastura, Roy Azman, Ako Mustapha, Marisa Yasmin dan Hamidah Wahab.


[KREDIT: Media Prima/TV3]

Post a Comment

0 Comments