Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NIKMATI PERISA CINTA BERSAMA DRAMA-DRAMA TV3 & NTV7!


PERASAAN cinta ini merupakan sesuatu yang rumit, bukan?  Manis, masam, pahit, tawar – Ini adalah antara perkataan yang sering digunakan untuk menggambarkan cinta. Selamilah rasa cinta dengan variasi drama-drama menarik yang bakal menghiasi TV3 dan ntv7 bermula akhir bulan Julai ini!



Cinta Koko Coklat
Saluran: ntv7
Tarikh Siaran: Setiap Isnin - Jumaat, bermula 23 Julai 2018
Masa: 8.30 malam - 9.30 malam
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Juita Viden Sdn. Bhd.
Pelakon: Zahirah Macwilson, Aqasha, Raja Afiq, Mimi Lana, Azrel Ismail, Sweet Qismina, 
Sasqia Dahuri

Sinopsis
Drama ini merupakan sebuah adaptasi daripada telenovela Chile yang berjudul ”Dulce Amor”. Bermula dengan insiden Haikal dan Faizal kehilangan kerja apabila bengkel tempat mereka bekerja terpaksa ditutup. Mereka berdua juga terpaksa ambil keputusan untuk berhenti sementara daripada bidang lumba kereta berikutan kekangan kewangan. Haikal dan Faizal berusaha mencari kerja untuk menampung kehidupan mereka.

Sementara itu,  Damia Sofia rimas didesak kekasihnya Malik, agar perkahwinan mereka dipercepatkan kerana dia belum bersedia. Damia terkejut apabila Malik tiba-tiba melamarnya sewaktu sambutan ulang tahun syarikat milik keluarganya, Rich Chocolate. Dia terpaksa bersetuju demi menjaga air muka Malik, walaupun hatinya tidak sepenuhnya mencintai Malik. 

Lama kelamaan, Damia sudah mula rapat dengan Haikal. Malik mula mengatur rancangan lain untuk memisahkan mereka dan menggunakan ibu Damia iaitu Puan Sri Soraya untuk menghalang cinta mereka. Apakah kesudahan kepada konflik cinta dan keluarga Damia ini?



Semerah Cinta Humairah
Saluran: TV3 (Slot Samarinda)
Tarikh Siaran: Setiap Isnin hingga Rabu, bermula 24 Julai 2018
Masa: 10.00 malam - 11.00 malam
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: Orangetree Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Fahrin Ahmad, Janna Nick, Wan Sharmila, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza

Sinopsis
Humairah meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir. Walaupun Shahir sudah mempunyai kekasih yang bernama Camelia, dia tetap bersetuju untuk mendirikan rumahtangga bersama Humairah atas arahan ibunya. 

Mungkin bagi orang lain, perkahwinan mampu memberi cahaya baharu dalam kehidupan. Namun, nasib Humairah tidak menyebelahinya kerana selepas berkahwin, dia mendapat tahu bahawa keluarga Shahir ingin menjadikannya sebagai menantu dengan harapan bahawa Humairah mampu menjinakkan Shahir yang suka berfoya-foya. Berjayakah Humairah membimbing suaminya itu ke jalan yang benar? Adakah Shahir akan berubah?


Main Naa Bhoolungi
Saluran: TV3 (Slot Sania)
Tarikh Siaran: Setiap Isnin hingga Khamis, bermula 26 Julai 2018
Masa: 4.00 petang – 5.00 petamg
Pelakon: Aishwarya Sakhuja, Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Bhuvan Chopra, Rajlaxmi Solanki

Sinopsis
Drama penuh ini berkisar tentang Shikha Gupta, seorang wanita cerdik dan berdikari. Shikha telah berkenalan dengan jejaka bernama Sameer Verma, yang merupakan seorang usahawan berjaya. Disangkakan sesuai untuk dijadikan suami, Shikha jatuh cinta lalu berkahwin dengan Sameer. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata. 

Pada mulanya, rumahtangga pasangan ini kelihatan seperti bahagia dan sempurna. Namun, Shikha langsung tidak tahu bahawa nama sebenar suaminya ialah Aditya Jagannath, dan lelaki ini mempunyai muslihatnya tersendiri. 

Suatu hari, Sanveer telah tunjuk belangnya, dan cuba untuk membunuh Shikha serta menculik anak mereka, Manav. Shikha bernasib baik kerana dia berjaya diselamatkan. Sejak hari itu, hati Shikha diselubungi dengan perasaan benci dan marah. Dia bernekad untuk mencari anaknya dan membalas dendam terhadap Aditya yang telah memusnahkan kehidupannya.



Jangan lupa untuk saksikan drama-drama hebat TV3 dan ntv7 ini! Setiap drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 dan ntv7 iaitu @tv3malaysia serta @ntv7malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.


[KREDIT: Media Prima]

Post a Comment

0 Comments