Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RUFFEDGE HADIAH KONSERT SEMPENA ULANGTAHUN KE 20


SETELAH   meniti   pelbagai   kejayaan   sepanjang   20   tahun   dalam memperjuangkan  rentak muzik tersendiri,  Ruffedge  kini bersedia  tampil dengan sebuah konsert untuk para penggemar kumpulan itu serta secara amnya untuk semua pencinta muzik tanah air. 

Bertempat di KL Live, Kuala Lumpur, konsert yang digelar 'Ruffedge: 20th Anniversary Concert' akan dipersembahkan tepat pada jam 9 malam pada 4 Ogos 2018.

Ruffedge  ditubuhkan  pada  tahun  1997  dan  mula  bergerak  aktif  pada  1998  sebelum  berehat  sekitar tahun  2008  untuk  menjalani  arah  seni  masing-masing.  

Setelah  11 tahun  menyepi,  2018  merupakan tahun kembalinya Ruffedge dengan barisan anggota iaitu Cat Farish, Sein, Azan, Mode dan Zain. 

Menjanjikan   malam   yang  tidak  akan  dilupakan,   pastinya   repertoire   mereka   seperti  Bila  Rindu, Khayalan,   Tipah  Tertipu,  Lemas,  Tiada  Lagi  Cinta,  Da’  Bomb  serta  puluhan  lagu  lagi  akan dihidangkan  sepanjang  konsert yang berdurasi  hampir dua jam itu nanti. 

Segalanya  bakal direalisasikan pada 4 Ogos 2018 jam 9 lama di Kl Live pastinya bakal mengubat kerinduan peminat mereka malam itu!

Tiket-tiket  konsert akan mula dijual pada Jumaat,  4 Mei 2018 melalui  www.ticketpro.com.my  dengan harga yang tertera :

Kategori Harga Tiket
VIP + Meet & Greet (Terhad) RM 233
VIP Zone RM 193
Party Zone + Meet & Greet (Terhad) RM 183
Party Zone RM 143
Regular Zone RM 125

Diskaun menarik menanti untuk pembelian ‘early bird‘ dan untuk informasi lanjut mengenai tiket, pembeli boleh menghubungi  www.ticketpro.com.my  atau hotline 03 7880 7999.

'Ruffedge: 20th Anniversary Concert' dianjurkan dan diterbitkan oleh MRS Production dan KLP Creative Sdn Bhd. 

Dua entiti ini menyifatkan pemilihan kumpulan itu adalah tepat pada masanya memandangkan  usia matang  yang  mencecah  20 tahun  serta  yakin  mampu  mengubat  rindu  peminat Ruffedge khususnya setelah menyepikan diri untuk beberapa ketika.

Selain itu, bagi mengubati rindu peminat, Ruffedge turut merakamkan lagu terbaharu mereka yang diberi tajuk 'Seperti Mereka'

Lagu dan lirik hasil karya Azan Addin ini juga bakal dipersembahkan pada malam tersebut selain akan menjalani siri promosi bersama media kelak. Lagu terbaru ini juga diedarkan oleh pihak Seventeen Eleven Sdn. Bhd.


INFO
Tarikh Konsert: 4 Ogos 2018
Masa/lokasi:         9.00 malam / KL LIVE
Harga tiket:          RM233, RM193, RM183, RM143, RM125
Tiket:               www.ticketpro.com.my  atau hotline 03 7880 7999.

Post a Comment

0 Comments