20 Mei 2018

CUIT CUIT CHE TA BERSAMA SELEBRITI, USAHAWAN


SELEBRITI Rozita Che Wan sepanjang Ramadan ini muncul dalam program Cuit-Cuit Che Ta yang disiarkan RTM mulai 21 Mei ini, setiap hari, pukul 11.00 pagi menerusi saluran TV Okey (Astro 109).  

Sepanjang 26 episod siarannya, Che Ta menjelajah ke beberapa buah negeri bertujuan menemui beberapa orang tokoh selebriti tersohor yang terdiri daripada kalangan artis dan usahawan berjaya untuk mencungkil maklumat mengenai pengisian ruang masa lapang mereka pada bulan Ramadan.

Selain daripada menemui tokoh-tokoh tersebut dipaparkan juga keistimewaan sesuatu tempat menarik yang menjadi kunjungan umum di persekitaran tempat tinggal tokoh-tokoh tersebut.

Episod pengenalannya membawa penonton menikmati keindahan Taman Tasik Biru Kundang sebelum berkunjung ke rumah Y.Bhg Dato' Sri Aliff Syukri, seorang tokoh kosmetik dan pemilik D' Herbs Healthy Sdn. Bhd. 

Menurut Dato' Sri Aliff masa rehatnya pada bulan Ramadan banyak dihabiskan di rumah bersama dengan binatang peliharaannya seperti kuda dan burung unta. Beliau juga suka memasak dan pengacara berpeluang menikmati masakan Asam Pedas Kepala Jenahak ketika berbuka puasa.




Seterusnya berkunjung ke rumah Emelda Rosmila seorang artis TV popular yang menetap di Ipoh, Perak. Menurut Emelda pada bulan Ramadan beliau banyak menghabiskan masanya bersama keluarga di rumah dan mengikuti kelas-kelas pengajian agama di masjid. 

Beliau juga banyak menghabiskan masa di kedai butiknya. Emelda membawa Che Ta ke 'Movie Animation Park Ipoh' sebuah taman tema yang menjadi kebanggaan masyarakat di Ipoh. Mereka berbuka puasa di sebuah restoran terkenal di bandaraya tersebut.

Episod berikutnya bersama tetamu Wak Doyok seorang usahawan, pelakon dan ikon fesyen terkenal di Bandar Diraja Kelang, Selangor. Menurut Wak Doyok pada bulan Ramadan beliau lebih menumpukan kerja kepada photoshop dan kurang bergerak aktif di bidang seni. 

Beliau mempunyai beberapa buah restoran iaitu di Shah Alam, Sungai Besi dan Damansara. Beliau mempunyai sebuah bangunan pejabat di Shah Alam yang diberi nama Legasi WD. 

Berkunjung ke rumah Ezad Lazim di Kedah. Menurutnya pada bulan Ramadan aktiviti beliau banyak bersama keluarga, menunaikan solat tarawih di masjid dan juga menjalankan perniagaan menjual Baju Melayu dan jubah. Penonton dibawa meronda ke beberapa tempat menarik di Bandaraya Johor Bahru menemui usahawan dan pelakon TV terkenal iaitu Betty Banafee. 




Aktivitinya pada bulan Ramadan mengikuti kelas bacaan al-Qur'an, menjemput pelajar tahfiz dan anakanak yatim berbuka puasa dan menganjurkan perjumpaan keluarga di rumahnya. Beliau memliki sebuah restoran yang menyediakan berbagai jenis menu dengan harga yang berpatutan. 

Lain-lain artis terkenal yang ditemu bual Che Ta termasuklah pengarah filem terkenal Mamat Khalid, Dafi yang mengurangkan aktiviti seninya di bulan Ramadan dan menumpukan halhal yang berkaitan dengan keagamaan dan menumpukan bisnes homestaynya di Indonesia.

Negitu juga dengan Fizz Fairuz yang menumpukan kepada bisnesnya iaitu menjual baju kurta dan sambal hitam, Tengku Amaris berbuka di luar bersama dengan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan bersama golongan asnaf, juga Nazrief Nazri pernah membantu ibunya berniaga di Pasar Ramadan

Berikutnya bersama Lan Pet Pet yang banyak menghabiskan masa beriktikaf di masjid atau surau menunaikan solat tarawikh, Qazem Nor yang mengurangkan aktiviti lakonan dan memberi tumpuan kepada bidang perniagaan jamu dan baju kanak-kanak. 

Ada juga temu bual bersama Eddie Hamid yang menumpukan kepada kegiatan amal terutama kepada golongan yang memerlukan dan Azza Rima yang banyak berehat dan kurang aktif di bidang seni Ramadan ini. 

Selain artis, Che Ta bakal muncul bersama tetamu usahawan wanita berjaya seperti Y. Bhg. Dato' Hajjah Rokiah iaitu seorang usahawan wanita berjaya yang menerajui syarikat permotoran, perhotelan, restoran dan salon. 

Bersama Puan Faziani Rohban, Pengarah Urusan dan pengasas produk kecantikan dan kesihatan Dynars, yang selalunya di awal Ramadan akan menunaikan umrah. Di Bandaraya Ipoh pula bersama Y. Bhg. Dato' Seri Vida, pengasas produk kecantikan dan kesihatan Qu Puteh yang banyak memberi ruang masa bersama anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan. 

Episod seterusnya bersama tetamu Juliana Mazlan di Ketereh, Kota Bharu Kelantan, Pengarah Urusan Juliana Beauty Care & Spa dan penerbit di syarikat produksi dan telah menerbitkan pelbagai penerbitan rancangan TV. 




Variasi tetamu diteruskan dengan menemui bual pasangan pereka fesyen terkenal Razman dan Razmi, Qudyn Aziz, dan Ezuwan Ismail yang saban tahun menerima banyak tempahan baju raya dalam kalangan penggemar fesyen.

Che Ta turut berkesempatan bersama Chef Selebriti terkenal Chef Yang Jamil, yang lazimnya sepanjang Ramadan beliau menyediakan bubur lambuk percuma kepada orang ramai di sekitar Damansara. Bubur lambuk tersebut adalah tajaan daripada individu atau pun organisasi. Selain daripada itu beliau juga menyediakan set berbuka untuk jualan. 

Istimewa dalam episod akhir apabila Che Ta berada di rumahnya sendiri di Alor Setar, Kedah. Beliau berbicara mengenai aktivitinya sendiri sepanjang bulan Ramadan. Menurutnya beliau banyak menguruskan perniagaannya di Kuala Lumpur di samping menerima undangan berbuka bersama-sama dengan anak-anak yatim atau golongan yang memerlukan. 

Beliau juga tidak banyak melakukan aktiviti seni sepanjang Ramadan. Amalan bertukar-tukar makanan masih lagi diamalkan di kampungnya. Pada hari lebaran ketupat palas lebih popular berbanding lemang. Che Ta dan jiran-jiran terdekat sempat membuat demontrasi membungkus ketupat palas.



Program Cuit Cuit Che Ta
Episod: 26  
Hari: Setiap Hari Sepanjang Ramadan (Bermula 18 Mei 2018)
Masa: 11.00 Pagi 
Saluran: TV Okey (Astro 109) 
Terbitan: RTM  
Pengacara: Rozita Che Wan


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan