Oleh: SORAYA AFNAN
PENAMPILAN ke pejabat tidak semestinya terhad kepada sut formal dan warna neutral. Potongan pakaian, permainan warna serta pilihan fabrik juga boleh memberikan karakter tersendiri, sekali gus menjadikan gaya profesional lebih menarik tanpa mengorbankan keselesaan.
Pendekatan itu dapat dilihat menerusi penampilan Han So-hee dalam filem terbaharunya, The Intern. Menerusi watak Seon-woo, seorang CEO muda yang menerajui syarikat pemula dalam industri fesyen, aktres itu tampil dengan pilihan pakaian yang pelbagai, daripada sut berstruktur hingga helaian kasual yang lebih santai.
Setiap kombinasi membawa tarikan tersendiri, daripada gaya profesional yang kemas hingga penampilan feminin yang lebih santai. Kepelbagaian ini juga menunjukkan bagaimana potongan dan warna pakaian boleh disesuaikan mengikut suasana, sekali gus memberikan inspirasi untuk gaya ke pejabat mahupun aktiviti harian.
Jom lihat 10 gaya Han So-hee dalam The Intern yang boleh dijadikan inspirasi untuk penampilan ke pejabat mahupun aktiviti harian.
1. Classic Tailoring — Gaya Klasik Berstruktur
Sut biru navy bercorak pinstripe membawa sentuhan klasik kepada wardrobe Seon-woo. Garisan halus pada fabrik menambah dimensi pada pakaian, sementara rona navy menghasilkan penampilan formal dengan kontras yang lebih lembut berbanding sut hitam. Potongan berstruktur menjadikan kombinasi ini sesuai untuk mereka yang menggemari gaya profesional dengan karakter tersendiri. Aksesori ringkas pula boleh melengkapkan penampilan tanpa mengalihkan perhatian daripada corak sut.
2. Minimalist Chic — Elegan Tanpa Berlebihan
Dress hitam berpotongan ringkas menyerlahkan konsep minimalist dressing, dengan siluet pakaian menjadi tumpuan utama. Tanpa perincian berlebihan, gaya ini kelihatan kemas dan elegan, selain mudah disesuaikan mengikut acara. Warna hitam turut memberikan fleksibiliti dalam pemilihan aksesori. Sama ada digandingkan dengan jam tangan, kasut berpotongan klasik atau beg berstruktur, pakaian sebegini membuktikan bahawa potongan ringkas juga mampu memberikan impak tersendiri.
3. Feminine Chic — Feminin Dengan Sentuhan Edgy
Beralih daripada rangkaian sut korporat, dress biru dengan perincian ruffle memperlihatkan sisi gaya yang lebih feminin. Perincian berlapis memberikan tekstur dan pergerakan pada pakaian, manakala boots tinggi menambahkan sentuhan moden yang lebih berani. Gabungan ini menunjukkan bagaimana dress dengan perincian lembut boleh dipadankan dengan kasut berkarakter untuk menghasilkan keseimbangan menarik. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang mahu bereksperimen dengan gaya feminin tanpa kelihatan terlalu klasik.
4. Casual Chic — Gaya Santai & Feminin
Top tanpa lengan berwarna merah jambu yang dipadankan dengan seluar putih memberikan sentuhan lembut dan segar kepada gaya Seon-woo. Rona merah jambu menyerlahkan elemen feminin, sementara warna putih menjadikan keseluruhan kombinasi kelihatan ringan dan bersih. Berbanding sut berstruktur yang mendominasi gaya korporatnya, kombinasi ini lebih santai dan mudah disesuaikan untuk aktiviti harian. Padanan dua warna tersebut juga sesuai untuk mereka yang mahu mencuba gaya feminin tanpa memerlukan terlalu banyak lapisan atau aksesori.
5. Modern Corporate — Gaya Profesional Kontemporari
Sut kelabu menawarkan alternatif kepada warna hitam tanpa menghilangkan ciri formal gaya korporat. Potongan blazer dan seluar yang sepadan membentuk siluet tersusun, manakala rona kelabu memberikan penampilan yang lebih lembut. Gaya ini sesuai untuk mereka yang menggemari pakaian berstruktur tetapi mahukan kelainan daripada pilihan warna gelap yang lazim. Dipadankan dengan kemeja putih dan kasut minimalis, sut kelabu mudah disesuaikan untuk pelbagai urusan profesional.
Blaus putih yang dipadankan dengan seluar berwarna gelap menghasilkan gaya klasik yang kemas dan sofistikated. Kontras warna yang sederhana memberikan sentuhan profesional tanpa memerlukan aksesori berlebihan. Potongan ringkas ini turut mengekalkan elemen feminin pada gaya Seon-woo. Mudah dipadankan dengan pelbagai jenis kasut dan beg kerja, kombinasi tersebut sesuai untuk mereka yang menggemari gaya pejabat minimalis.
7. Soft Knit — Santai & Elegan
Knit cardigan berwarna neutral memberikan kelainan daripada helaian formal yang lebih berstruktur. Tekstur rajutan dan rona lembut menghasilkan gaya santai yang masih kelihatan kemas. Cardigan juga mudah digandingkan dengan seluar berpotongan lurus atau jeans, menjadikannya pilihan praktikal untuk mereka yang mahu tampil teratur tanpa kelihatan terlalu formal.
8. Parisian Chic — Klasik Dengan Sentuhan Moden
Jaket tweed bercorak hitam putih dengan butang keemasan memberikan sentuhan klasik yang elegan pada penampilan Han So-hee. Corak check dan tekstur fabrik menyerlahkan karakter helaian tersebut, manakala kaca mata hitam menambahkan elemen moden yang lebih edgy. Gabungan ini memperlihatkan bagaimana helaian klasik boleh tampil lebih berkarakter menerusi pemilihan aksesori yang tepat. Padanan monokrom dengan perincian keemasan turut menghasilkan kontras menarik, sesuai untuk mereka yang menggemari gaya elegan dengan sentuhan kontemporari. memerlukan penampilan lebih formal.
9. Smart Casual — Sentuhan Warna Yang Segar
Top ungu yang digandingkan dengan seluar putih membawa sentuhan warna yang lebih segar kepada wardrobe Seon-woo. Rona ungu memberikan karakter pada penampilan, manakala seluar putih mengekalkan keseimbangan visual yang bersih dan moden. Kombinasi ini membuktikan bahawa gaya pejabat tidak semestinya didominasi warna hitam, kelabu atau biru gelap. Satu warna yang menyerlah sudah memadai untuk memberikan kelainan pada penampilan keseluruhan.
10. Corporate Chic — Formal Dengan Sentuhan Feminin
Blazer gelap bersama kemeja, tali leher dan skirt menghasilkan gaya korporat yang tegas dengan sentuhan feminin. Tali leher memberikan elemen maskulin, sementara skirt melengkapkan kombinasi yang kelihatan klasik tetapi tetap moden. Siluet yang kemas sesuai dengan imej Seon-woo sebagai seorang pemimpin syarikat. Untuk gaya harian, kombinasi serupa boleh disesuaikan dengan blazer berpotongan kemas dan aksesori yang lebih ringkas.
Daripada sut berstruktur hingga kombinasi warna yang lebih santai, pilihan pakaian Han So-hee dalam The Intern memperlihatkan pelbagai pendekatan untuk menggayakan penampilan profesional dan kasual.
Tidak perlu meniru keseluruhan outfit untuk mendapatkan inspirasi. Cukup dengan memilih potongan, warna atau elemen tertentu yang sesuai dengan cita rasa dan keselesaan sendiri, gaya harian juga boleh tampil lebih menarik. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
%20-%20(1).jpg)
%20-%20(00).jpg)
%20-%20(7).jpg)
0 Comments