BUAT pertama kalinya di Malaysia, FILA memperkenalkan acara larian santai mereka melalui FILA Fun Run 2026, sebuah inisiatif yang mengajak orang ramai meraikan gaya hidup aktif dalam suasana yang lebih relaks dan inklusif.
Acara ini akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada 25 April, menjadi satu lagi ruang pertemuan antara komuniti dan gaya hidup sihat yang lebih menyeronokkan.
Dengan pilihan kategori 5KM dan 10KM, acara ini terbuka untuk semua peringkat, sama ada mereka yang baru mahu memulakan langkah dalam dunia larian, mahupun yang sudah berpengalaman.
Pendekatan ini memberi kebebasan kepada setiap peserta untuk menikmati pengalaman mengikut rentak dan kemampuan masing-masing, tanpa tekanan pertandingan yang keterlaluan.
Menambahkan lagi warna kepada acara ini, kehadiran Amelia Henderson dan Amir Ahnaf turut menjadi antara tarikan utama. Kedua-duanya bakal 'turun padang' bersama peserta lain, mewakili kepelbagaian gaya hidup serta memperkukuh mesej bahawa aktiviti sihat bukanlah sesuatu yang eksklusif, sebaliknya terbuka untuk semua tanpa mengira latar belakang atau tahap kecergasan.
Gaya Hidup Aktif Lebih Mudah Didekati
Selari dengan aspirasi FILA, penglibatan dua figura ini turut membawa inspirasi kepada masyarakat untuk melihat gaya hidup aktif sebagai sesuatu yang lebih mudah dimulakan. Ia bukan sekadar tentang larian, tetapi tentang membina rutin kecil yang mampu memberi impak besar kepada kesihatan dan kesejahteraan harian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Misto Malaysia Sdn. Bhd, Jimmy Jin Bohyun, penganjuran larian santai pertama FILA ini bertepatan dengan sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia.
Jelasnya, dalam dunia yang semakin sibuk, langkah kecil seperti berjalan atau berlari ringan tetap membawa perubahan bermakna apabila dilakukan secara konsisten.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen FILA dalam memperkukuh budaya gaya hidup aktif, sambil menjadikan aktiviti berlari dan berjalan lebih mudah diakses oleh semua,” jelasnya.
Direka dengan fokus pada keselesaan dan prestasi, kasut ini menggabungkan elemen gaya dan fungsi dalam satu rekaan. Setiap langkah memberi rasa lebih ringan dan lancar, seolah-olah memberikan sensasi 'terapung' ketika berlari.
Koleksi FILA Float kini boleh didapati di semua stor rasmi FILA serta platform dalam talian jenama itu. Dengan penganjuran ini, FILA bukan sahaja memperkenalkan sebuah acara larian, tetapi turut membuka ruang untuk lebih ramai orang mengambil langkah pertama ke arah gaya hidup yang lebih aktif dan seimbang. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments