Dari Kebaikan Kecil ke Rumah Baharu: Inisiatif Tropicana Twister Mengubah Hidup Keluarga

Kempen Gandakan Kebaikan oleh Tropicana Twister bersama EPIC Homes diterjemahkan menjadi satu inisiatif bermakna apabila rumah-rumah baharu dibina untuk komuniti memerlukan | FOTO: Tropicana Twister

KEMPEN Gandakan Kebaikan oleh Tropicana Twister mencapai satu fasa bermakna apabila beberapa keluarga menerima kunci rumah baharu mereka hasil inisiatif yang digerakkan secara kolektif di seluruh negara.

Pencapaian ini bukan sekadar simbolik, tetapi membawa perubahan sebenar kepada kehidupan komuniti yang memerlukan, khususnya dalam menyediakan ruang kediaman yang lebih selamat dan stabil.

Bekerjasama dengan EPIC Homes, inisiatif ini telah menyumbang kepada pembinaan sehingga 100 buah rumah untuk komuniti kurang berkemampuan di Malaysia, termasuk keluarga Orang Asli di beberapa kawasan.

Setiap rumah dibina dengan tujuan memberi perlindungan asas yang lebih baik, selain membuka ruang untuk kehidupan yang lebih teratur, stabil dan selesa.

Apa yang bermula sebagai seruan kebaikan sederhana sempena Ramadan akhirnya berkembang menjadi usaha berskala besar yang diterjemahkan dalam bentuk fizikal.

Daripada tindakan kecil yang digalakkan dalam kalangan masyarakat, ia kini membentuk sebuah gerakan yang memberi impak jangka panjang kepada keluarga yang menerima manfaatnya.

Amalan Kecil kepada Impak Nyata

Pengarah Kanan Francais PepsiCo, Aditya Sheoran, menggambarkan inisiatif ini sebagai bukti bahawa perubahan bermakna lahir apabila masyarakat bergerak dengan tujuan yang sama.

“Gandakan Kebaikan mencerminkan kepercayaan kami bahawa perubahan yang bermakna terhasil apabila komuniti bersatu dengan matlamat yang sama,” ujarnnya.

Tegasnya lagi, usaha ini bukan hanya tentang membina struktur fizikal, tetapi juga tentang mewujudkan asas kehidupan yang lebih kukuh untuk membantu keluarga berkembang dalam jangka masa panjang.


Dari sudut pelaksanaan, EPIC Homes memainkan peranan penting dalam merealisasikan pembinaan rumah-rumah tersebut dengan pendekatan yang turut melibatkan sukarelawan dan komuniti setempat.

Setiap kediaman dibina bukan sekadar sebagai tempat berteduh, tetapi sebagai ruang yang memberikan ketenangan, keselamatan dan harapan baharu kepada penghuninya, khususnya dalam menghadapi cabaran kehidupan harian.

Dari perspektif jenama pula, kempen ini mencerminkan keyakinan bahawa kebaikan yang dikongsi mampu membentuk impak yang lebih besar apabila digerakkan secara bersama.

Apa yang bermula daripada amalan kecil akhirnya berkembang menjadi satu rangkaian tindakan yang saling melengkapi, memperlihatkan bagaimana kolaborasi antara jenama, organisasi dan masyarakat mampu mencipta perubahan yang berkekalan.

Dengan siapnya pembinaan rumah-rumah ini, Gandakan Kebaikan terus memperkukuh peranannya sebagai inisiatif yang bukan sahaja meraikan nilai kemanusiaan, tetapi juga membuktikan bahawa kebaikan yang digandakan mampu meninggalkan kesan yang jauh melangkaui satu musim atau detik tertentu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments