UNTUK pertama kalinya, Malaysia menjadi sebahagian daripada Red Bull Dance Your Style Asia Tour 2026, menandakan detik bersejarah bagi budaya tarian jalanan yang semakin berkembang di negara ini. Kehadiran jelajah ini bukan sahaja mengiktiraf Malaysia sebagai hab street dance yang berkembang pesat, tetapi turut merapatkan jurang antara bakat tempatan dengan pentas global, membolehkan komuniti setempat merasai pengalaman bertaraf dunia secara langsung.
Empat ikon tarian global akan membawakan kepakaran mereka ke Kuala Lumpur iaitu Waackxxxy dari Korea Selatan, The D Soraki (Jepun), Majid (Jerman) dan Poppin C (Switzerland).
Kehadiran mereka memberi peluang unik kepada bakat tempatan untuk berinteraksi, belajar, dan menyerap mentaliti elit yang diperlukan bagi bersaing di pentas antarabangsa.
Bersedia untuk Melangkah ke Pentas Dunia
Momentum jelajah diteruskan dengan bengkel eksklusif pada 6 April, di mana para penari Red Bull bertaraf dunia akan memberikan pandangan profesional dan tips penting bagi mengasah bakat tempatan.
Hari berikutnya, 7 April, Kuala Lumpur akan menjadi pentas persembahan langsung di Lot 10, Bukit Bintang, menampilkan aksi juara dunia yang bakal berkolaborasi dengan penari tempatan, menjadikan pusat bandar sebagai pentas street dance yang penuh tenaga dan inspirasi.
Hentian Malaysia ini juga menjadi langkah awal yang penting menjelang Kelayakan dan Final Serantau Red Bull Dance Your Style Asia Tenggara pertama yang bakal berlangsung di Singapura pada 25 April.
Penari dari seluruh rantau termasuk Malaysia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Timor-Leste dan Vietnam akan bertanding untuk merebut tempat ke Final Dunia di Zurich, Switzerland.
Bagi mereka yang berani dan mahu memperlihatkan bakat ke dunia, penyertaan untuk Kelayakan Red Bull Dance Your Style Asia Tenggara adalah percuma dan terbuka.
Daftar segera untuk peluang menunjukkan kehebatan anda di SCAPE Ground Theatre, Singapura dan menjadi sebahagian daripada sejarah street dance Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, boleh laman web rasmi Red Bull Dance Your Style Tour Malaysia.
7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments