SEMPENA sambutan Aidilfitri tahun ini, 1 Utama menjemput pengunjung merasai keindahan Hari Raya melalui program 'Indahnya Syawal' yang berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac ini.
Acara ini dirancang untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati warisan budaya, seni tradisi dan suasana perayaan yang meriah.
Terinspirasi daripada keindahan tekstur songket dan kepakaran seni tradisional Melayu, pengalaman Aidilfitri di 1 Utama menampilkan struktur bangunan yang memukau, persembahan berbudaya, serta aktiviti interaktif yang membolehkan pengunjung menyelami semangat Raya sambil mencipta kenangan manis bersama orang tersayang.
Pengunjung boleh melangkah ke 'Kampung Indah Syawal' di LG Oval dan GF Centre Court, untuk menikmati keindahan rumah Melayu dua tingkat yang memukau, menggabungkan seni tradisional dengan sentuhan moden. Di sini, mereka turut berpeluang menghargai kehalusan songket dan seni tenunan yang teliti pada setiap helaian benang.
Di tengah-tengah ruang dekorasi itu, Pentas Tanjak Warisan tersergam indah sekali gus menonjol sebagai simbol elegan warisan Melayu, diinspirasikan daripada tanjak dan songket. Pentas ini bukan sahaja menjadi tempat pengunjung bergambar dan merakam memori, malah mengajak semua menyelami keindahan Syawal yang sarat budaya.
Persembahan & Penampilan Istimewa
Suasana acara turut diserikan dengan penampilan artis tempatan yang bakal menghidupkan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri. Pada 28 Februari (2 petang), pengunjung boleh menikmati persembahan kumpulan M-pop Alpha, manakala pada 8 Mac (2 petang), penyanyi-penulis lagu Timur Flores tampil dengan persembahan menarik dan mencipta detik-detik perayaan yang tak mudah dilupakan.
Selain itu, pengunjung berpeluang menjelajah Pasar Seni & Kraftangan setiap hujung minggu dari 27 Februari hingga 19 Mac di LG Oval berhampiran Koi The, di mana seni dan kraftangan tradisional dipamerkan oleh Kraftangan Malaysia.
Bagi yang gemar aktiviti praktikal, Bengkel Kreativiti Seni menawarkan pengalaman menghasilkan karya seni Melayu sendiri, termasuk wayang kulit, labu dan lukisan batik, mozek coasters serta seni rotan mini. Setiap bengkel membolehkan pengunjung membawa pulang hasil tangan mereka sendiri sebagai kenangan Aidilfitri.
Pengunjung juga dapat menikmati persembahan tarian tradisional, muzik dan seni, selain bengkel interaktif seperti pembuatan tanjak dan demonstrasi menenun songket, memberi peluang untuk merasai sendiri proses seni tradisional. Kesemua elemen ini menyatu membentuk pengalaman Raya yang meriah, penuh budaya dan kenangan manis untuk semua.
Tidak ketingalan beberapa aktiviti dan pengalaman menarik sempena perayaan, termasuk galeri hadiah Raya, tawaran istimewa di beberapa outlet F&B, dan peluang membeli-belah secara dalam talian dengan tema perayaan.
Setiap pengalaman ini direka untuk menambah kemeriahan sambutan Aidilfitri dan memberikan detik-detik manis yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Melalui program Indahnya Syawal, 1 Utama bukan sekadar menjadi pusat membeli-belah, tetapi sebagai ruang untuk merasai keindahan budaya, seni dan kemeriahan Aidilfitri.
Daripada aktiviti kreatif hingga persembahan seni, setiap detik di sini mengajak pengunjung mencipta kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan, menjadikan Syawal lebih bermakna dan berwarna-warni. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments