HBO Max April Memang Padu — Dari Filem Oscar Hingga K-Drama Wajib Tonton

Antara filem, siri dan rancangan menarik sepanjang  April di HBO Max | FOTO: HBO Max

APRIL menjanjikan pelbagai pilihan hiburan menarik di HBO Max, daripada filem blockbuster bertaraf antarabangsa hingga siri original yang dinanti-nantikan peminat.

Bukan sahaja menampilkan filem baharu dengan barisan pelakon popular, platform penstriman ini juga membawakan semula filem-filem pemenang Anugerah Oscar ke-98, selain kemunculan musim baharu siri kegemaran ramai termasuk K-drama romantik yang cukup popular, Yumi’s Cells.

Bagi pencinta filem dan siri TV, April mungkin menjadi bulan yang padat dengan senarai tontonan.

Filem Pilihan

Antara filem yang bakal ditayangkan termasuk Not Without Hope yang akan mula distrim pada 10 April dan turut disiarkan di HBO pada 11 April jam 9 malam (waktu Malaysia).

Selain itu, filem romantik Regretting You akan ditayangkan pada 17 April, manakala filem seram supernatural Black Phone 2, lakonan Mason Thames dan Ethan Hawke pula akan ditayangkan pada 24 April dan turut disiarkan di HBO pada 25 April jam 10 malam.

Penonton juga boleh menonton semula beberapa filem yang baru sahaja memenangi Anugerah Oscar ke-98 seperti Sinners, One Battle After Another, dan Weapons, semuanya tersedia di HBO Max sepanjang bulan ini.

Siri Pilihan

Untuk siri pula, beberapa judul besar akan kembali dengan musim baharu. Antaranya Hacks musim kelima yang akan ditayangkan pada 10 April, diikuti Euphoria musim ketiga pada 13 April yang turut disiarkan di HBO pada jam 11 malam.

Peminat drama Korea romantik komedi juga pasti teruja dengan kemunculan Yumi’s Cells musim ketiga yang akan membuat debut penstriman pada 13 April. Siri animasi kegemaran ramai, Mr. Bean: The Animated Series musim keempat pula akan menampilkan episod baharu bermula 27 April.

Selain itu, episod baharu siri HBO Original Rooster lakonan Steve Carell dan The Comeback musim ketiga lakonan Lisa Kudrow akan ditayangkan setiap hari Isnin.  Turut ditayangkan ialah The Pitt musim kedua pada 17 April, The Village Barber pada 18 April, dan Mad Concrete Dreams pada 19 April.

Siri Realiti Pilihan 

Bagi peminat rancangan realiti, beberapa program popular turut kembali dengan musim baharu. Antaranya termasuk Expedition Unknown musim 15 dan 16 yang akan ditayangkan pada 8 April, diikuti Chef Grudge Match pada 11 April.

Turut ditayangkan ialah 90 Day Fiancé UK musim keempat pada 11 April, Dangerously Obese musim kedua pada 26 April, dan Border Control: Spain musim kelapan pada 29 April.

Secara keseluruhannya, HBO Max membawakan barisan kandungan yang cukup pelbagai sepanjang April ini, daripada filem pemenang Oscar dan filem baharu, hinggalah siri original, K-drama, animasi dan rancangan realiti.

Dengan pilihan yang merangkumi pelbagai genre, jelas bulan ini dipenuhi dengan kandungan yang sesuai untuk semua jenis penonton sama ada peminat drama, komedi, seram, mahupun rancangan realiti.

Jika sedang mencari senarai tontonan baharu, mungkin inilah masa terbaik untuk mula merancang marathon di HBO Max sepanjang April. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments