Tropicana Twister ‘Gandakan Kebaikan’ Ramadan Dengan Misi Lebih Bermakna


RAMADAN selalu menjadi musim yang menyatukan masyarakat melalui amalan memberi dan berkongsi. Di sebalik kemeriahan juadah berbuka, wujud satu semangat lebih besar iaitu keinginan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Tahun ini, Tropicana Twister membawa semangat kebaikan itu lebih jauh, mengubah amalan kecil seharian kepada impak yang berkekalan seperti rumah yang selamat untuk didiami.

Memasuki tahun kedua penganjurannya, kempen ini beralih daripada sumbangan bermusim kepada usaha yang lebih mapan. Fokusnya jelas, membantu membina sehingga 100 buah rumah untuk komuniti kurang mendapat perhatian, termasuk keluarga Orang Asli di seluruh Malaysia.

Pendekatan ini memastikan impak Ramadan tidak terhenti sebaik Syawal menjelang, sebaliknya memberi kesan berpanjangan dalam kehidupan penerima manfaat.

Dari Sumbangan Bermusim Kepada Tempat Berteduh Kekal

Usaha ini dilaksanakan bersama EPIC Homes, inisiatif EPIC yang telah membina ratusan rumah untuk komuniti terpinggir serta menggerakkan ribuan sukarelawan di seluruh negara.

Melalui Project 100, lebih 200 keluarga telah menerima manfaat, dan sasaran untuk memperluas bantuan terus digerakkan. Peralihan daripada bantuan sementara kepada rumah kekal membawa makna lebih mendalam.

Bagi sesebuah keluarga, rumah bukan sekadar struktur fizikal, tetapi asas keselamatan, kesihatan dan kestabilan emosi. Akses kepada air bersih, ruang selamat untuk anak-anak membesar, serta perlindungan daripada cuaca ekstrem mampu mengangkat kualiti hidup dalam jangka panjang.

Menurut Pengarah Kanan Francais PepsiCo., Aditya Sheoran, kemajuan mampan dicapai melalui kerjasama strategik dan pemikiran jangka panjang.  Baginya, prinsip ini diterjemahkan melalui pelan pep+, yang menyepadukan agenda kelestarian dengan prestasi perniagaan agar kedua-duanya berkembang seiring.

Sementara itu,  Ketua Pemasaran PepsiCo Malaysia Beverages, Jennifer Lee pula menyifatkan Ramadan sentiasa menggerakkan rakyat Malaysia untuk menyumbang.

“Bagi keluarga yang memerlukan, rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi asas untuk membina semula kehidupan. Melalui kerjasama dengan EPIC Homes, kami menukarkan amalan kebaikan harian kepada sesuatu yang benar-benar mengubah kehidupan,” jelasnya.

Kempen Tropicana Twister turut mengajak orang ramai mendokumentasikan amalan kebaikan harian mereka. Ini dilakukan melalui platform chatbot digital dari 18 Februari hingga 21 April 2026, di mana setiap catatan diterjemahkan kepada simbol ‘oren’ digital yang kemudiannya menjadi sumbangan sebenar untuk pembinaan rumah bersama EPIC Homes.

Konsep ini menunjukkan bahawa tindakan kecil yang dilakukan secara kolektif mampu menghasilkan impak nyata kepada komuniti yang memerlukan.

Ia mengingatkan kita bahawa perubahan besar sering bermula daripada langkah sederhana. Sama ada membantu jiran, berkongsi rezeki, atau meluangkan masa sebagai sukarelawan, setiap kebaikan yang dicatat menyumbang kepada matlamat lebih besar.

Dalam konteks ini, Ramadan bukan sahaja bulan refleksi, tetapi juga pemangkin usaha membina masa depan lebih selamat buat mereka yang memerlukan.


Selain menyertai kempen digital, orang ramai yang membuat pembelian minimum RM10 produk Tropicana Twister turut berpeluang menyertai peraduan sepanjang tempoh kempen. Namun, inti utama tetap berpaksi pada usaha memperkukuh komuniti melalui sokongan berterusan.

‘Gandakan Kebaikan’ membawa mesej jelas iaitu apabila kebaikan dihimpunkan secara kolektif, kesannya melangkaui satu musim perayaan. Usaha membina tempat berteduh untuk keluarga yang memerlukan menjadi simbol bagaimana empati dan tindakan boleh bergabung untuk mencipta perubahan berpanjangan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments