Trak Ramadan Pertama Perfect Italiano Jelajah Bazar dan Moreh Sekitar Lembah Klang


SEMPENA Ramadan tahun ini, Perfect Italiano tampil dengan inisiatif istimewa menerusi pelancaran trak makanan khas buat julung kalinya.

Trak ini akan menjelajah bazar Ramadan dan lokasi moreh di masjid sekitar Lembah Klang dengan membawakan pelbagai hidangan berasaskan keju, menyuntik kelazatan dan pengalaman berbuka yang lebih memikat kepada orang ramai.

Bermula 27 Februari hingga 12 Mac, pengunjung berpeluang menikmati hidangan percuma yang ringkas tetapi menyelerakan, sesuai untuk dinikmati sewaktu berbuka puasa atau moreh.

Setiap hidangan ini memperlihatkan bagaimana keju Perfect Italiano menjadikan rasa hidangan tempatan lebih kaya, memikat selera, dan memberi sentuhan istimewa pada setiap suapan.

Lebih daripada sekadar sajian , inisiatif ini meraikan semangat kebersamaan komuniti. Dengan kehadiran trak di bazar dan masjid terpilih, Perfect Italiano bukan sahaja mendekati masyarakat setempat, malah memberi inspirasi kepada keluarga untuk menyajikan menu berbuka dan moreh yang mudah tetapi sempurna di rumah.

Bagi memeriahkan lagi suasana, beberapa pempengaruh popular seperti Hazeman Huzir akan berada di bazar Ramadan Wangsa Maju pada 4 Mac , Akiejack (Taman Melawati - 8 Mac), dan Mark Warn (Subang Jaya, USJ 4 - 9 Mac & Masjid Wilayah Persekutuan - 10 Mac) turut akan berada di lokasi terpilih, berkongsi pengalaman dan menjadikan momen berbuka puasa lebih interaktif dan menghiburkan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments