JOY Red Velvet Bakal ‘Splash’ ZEPP KL – ReVeluv Bersedia Untuk Malam Magis!


ReVeluv Malaysia bersiap sedia untuk malam yang penuh magis apabila JOY, anggota kumpulan Red Velvet, bakal menyapa peminat setianya di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada jelajah solo, 2026 JOY Asia Tour 'JOY Splash'.

Konsert yang akan berlangsung pada 25 April, jam 8 malam di ZEPP Kuala Lumpur ini menjanjikan malam yang penuh magis dan momen manis untuk dibawa pulang setiap penonton yang hadir.

Dibawakan oleh Zues Event, 'JOY Splash' menawarkan pengalaman audio-visual yang memukau dengan produksi pentas yang stylish, segmen interaktif, dan susunan persembahan yang direka khas untuk para peminat.

Setiap detik konsert ini disusun rapi agar JOY atau nama sebenarnya Park Soo-young, dapat menonjolkan vokal uniknya serta aura pentas yang memikat. Penonton juga bakal dibawa menyelami seleksi lagu-lagu popularnya, lengkap dengan beberapa kejutan istimewa yang pasti membuatkan ReVeluv teruja.

Selain persembahan memikat, peminat juga berpeluang menikmati pelbagai fan benefits eksklusif, menjadikan pengalaman malam itu lebih intim dan istimewa bersama bintang kelahiran Korea Selatan itu.

Tiket bagi konsert ini ditawarkan pada harga RM698, RM598, RM498, dan RM398, dengan pembelian dibuka mulai 7 Mac ini, jam 12 tengah hari melalui laman web etix.my.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments