MALAM Anugerah Grammy 2026 sekali lagi menjadi pentas gah bagi para artis hebat dunia, menyatukan bakat dan kreativiti dalam persaingan sengit untuk trofi paling berprestij industri muzik. Daripada dominasi pemenang utama hingga momen bersejarah, majlis ini membuktikan mengapa Grammy kekal menjadi acara yang dinantikan saban tahun oleh peminat muzik di seluruh dunia.
Untuk edisi terbaharu yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, pada Isnin, Bad Bunny melakar sejarah tersendiri apabila albumnya, Debí Tirar Más Fotos, dinobatkan sebagai Album of the Year, menjadikan album berbahasa Sepanyol pertama yang memenangi anugerah utama ini.
Kemenangan ini bukan sahaja satu pencapaian peribadi, tetapi turut menjadi simbol penghormatan terhadap muzik Latin di peringkat global. Bunny dilihat terdiam seketika sebelum naik ke pentas untuk menerima trofi berkenaan dan memberikan ucapan menyentuh hati ramai dengan menyuarakan penghormatan kepada akar budaya Puerto Rico serta komuniti imigran di seluruh dunia.
“Saya mahu mendedikasikan anugerah ini kepada mereka yang meninggalkan negara sendiri untuk mengejar impian,” katanya.
Bintang kelahiran Puerto Rico ini juga membawa pulang kemenangan bagi kategori Album Latin Urban Terbaik dan Persembahan Muzik Global Terbaik, menambah lagi malam gemilangnya.
Sementara itu, bintang rap Kendrick Lamar mencuri perhatian dengan memenangi Rakaman Terbaik menerusi lagu Luther, duet bersama SZA. Lamar turut membawa pulang Album Rap Terbaik untuk GNX dan Persembahan Rap Melodik Terbaik, menegaskan kedudukannya sebagai salah seorang artis rap paling berpengaruh dalam industri muzik kontemporari.
Menerusi tiga kemenangan itu, termasuk dalam kategori sampingan, Lamar mencipta rekod baharu sebagai penyanyi rap paling banyak memenangi Grammy dengan 27 trofi, mengatasi rekod Jay-Z yang sebelum ini memiliki 26 kemenangan.
Kategori Lagu Terbaik pula menyaksikan kemenangan Billie Eilish menerusi Wildflower, sekali gus mengetepikan calon-calon lain yang turut memperlihatkan saingan cukup sengit.
Sementara itu, Lady Gaga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi Vokal Pop Terbaik Dalam Album menerusi Mayhem, selain lagu Abracadabra meraih Rakaman Pop Terbaik.
Cynthia Erivo dan Ariana Grande pula melakar kemenangan dalam kategori Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik menerusi Defying Gravity.
Kemenangan lain termasuk penyanyi Olivia Dean yang merakam momen manis apabila diumumkan sebagai Artis Baharu Terbaik. Pengiktirafan ini seolah penghormatan kepada perjalanan awalnya yang cemerlang dan bakat yang konsisten dalam industri yang kompetitif.
Bintang muda Britain, Lola Young pula mencipta kejutan apabila menewaskan beberapa nama besar, termasuk Justin Bieber dan Lady Gaga, untuk kategori Persembahan Solo Pop Terbaik menerusi lagu Messy.
Malam kemuncak Grammy 2026 turut dimeriahkan dengan deretan persembahan hebat yang dibuka dengan APT. daripada Rosé dan Bruno Mars, diikuti Sabrina Carpenter, Lady Gaga, Justin Bieber, Tyler, the Creator, Post Malone dan banyak lagi.
Persembahan yang dramatik dan penuh energi ini menonjolkan gabungan visual dan vokal yang meninggalkan kesan mendalam.
Selain itu, ucapan penerima anugerah seperti Bad Bunny, Billie Eilish dan Olivia Dean yang menyampaikan mesej sosial juga menarik perhatian ramai, menegaskan peranan seni bukan sahaja sebagai hiburan tetapi juga medium perbincangan isu budaya dan sosial.
Secara keseluruhan, Anugerah Grammy 2026 menampilkan gabungan dominasi pemenang utama, momen bersejarah, dan persembahan pentas yang memukau.
Acara ini bukan sekadar mengiktiraf pencapaian artistik, tetapi turut mencerminkan naratif budaya yang lebih luas dalam industri muzik global, menegaskan mengapa Grammy terus menjadi acara paling berprestij dan dinanti-nantikan setiap tahun. - 7KLIK
Senarai Pemenang Utama
Album Terbaik
Debi Tirar Mas Fotos – Bad Bunny
Rakaman Terbaik
Luther – Kendrick Lamar & SZA
Lagu Terbaik
Wildflower – Billie Eilish O’Connell & Finneas O’Connell
Artis Baru Terbaik
Olivia Dean
Album Pop Terbaik (Vokal)
Mayhem – Lady Gaga
Album Pop Tradisional Terbaik
A Matter of Time – Laufey
Persembahan Pop Terbaik (Solo)
Messy – Lola Young
Persembahan Pop Terbaik (Duo/Grup)
Defying Gravity – Cynthia Erivo & Ariana Grande
Album R&B Terbaik
Mutt – Leon Thomas
Album Rap Terbaik
GNX – Kendrick Lamar
Album Latin Urban Terbaik
Debi Tirar Mas Fotos – Bad Bunny
Album Dance/Electronic Terbaik
Eusexua – FKA twigs
Album Rock Terbaik
Never Enough – Turnstile
Album Country Kontemporari Terbaik
Beautifully Broken – Jelly Roll
Album Progressive R&B Terbaik
Bloom – Durand Bernarr
Album Vokal Jazz Terbaik
Portrait – Samara Joy
Rakaman Pop Terbaik
Abracadabra – Lady gaga
Rakaman Dance/Elektronik Terbaik
End Of Summer – Tame Impala
ARTIKEL LAIN:
Album Progressive R&B Terbaik
Bloom – Durand Bernarr
Album Vokal Jazz Terbaik
Portrait – Samara Joy
Rakaman Pop Terbaik
Abracadabra – Lady gaga
Rakaman Dance/Elektronik Terbaik
End Of Summer – Tame Impala
0 Comments