[AlFatihah] Anak Amyza Aznan, Andre Mikhail meninggal dunia akibat kanser


ANAK sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, meninggal dunia akibat kanser tahap tiga di Hospital Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Perkhabaran duka itu dikongsikan sendiri oleh Amyza, 52, menerusi satu hantaran ringkas di InstaStory miliknya sebentar tadi.

"Assalamualaikum, dengan dukacita anak saya, Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri abadi. Minta semua sedekahkan al-Fatihah buat anak saya," tulisnya.

Andre menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun sekitar jam 10.15 malam dalam keadaan ditemani ahli keluarga terdekat.

Sehari sebelum itu, Amyza merayu seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kesihatan anak sulungnya yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal.

Dalam masa sama, dia turut memohon bantuan daripada mana-mana individu yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif sebagai ikhtiar tambahan merawat Andre.

Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak 15 Februari tahun lalu dan telah menjalani rawatan susulan.

Terbaru, pada 1 Ramadan lalu, Amyza memaklumkan anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments