Sorotan 2025: Dalam Kenangan, Bintang Seni Yang Tiada Ganti


TAHUN 2025 kini melabuhkan tirai dengan penuh cerita yang meninggalkan jejak dalam lipatan sejarah hiburan tanah air.

Sepanjang tahun ini, dunia seni tanah air diselimuti berita duka dengan pemergian ramai bintang dan penggiat seni yang banyak menabur bakti, meninggalkan kesan mendalam bagi keluarga, rakan, dan peminat mereka.

Meski begitu, karya dan jasa mereka tetap terpahat sebagai warisan seni yang tak lekang oleh waktu. Al-Fatihah.

26
Januari - Jojo One Nation Emcee

Anggota
kumpulan One Nation Emcee, Nur Hasan Balas atau Jojo, meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 50 tahunAllahyarham rebah secara tiba-tiba di sebuah masjid di Petaling Jaya, Selangor ketika menghadiri acara di lokasi tersebut. Selain menyanyi, Jojo juga dikenali sebagai pencipta lagu yang berbakat dan karya-karyanya masih dikenang.

7
Februari - Roslan Salleh

Pelakon
veteran Roslan Salleh meninggal dunia di kediamannya di Melaka pada usia 68 tahun akibat diabetes. Roslan yang hilang penglihatan kedua-dua belah mata kerana glaukoma, dikenali melalui lakonan penuh karisma dalam drama dan filem seperti Sembilu II, Gerak Khas The Movie II, Damping Malam, Senjakala, Lelaki Harapan Dunia, dan Munafik 2.

26
Februari - Azam Smile

Penyanyi
Azam Smile atau nama sebenarnya Shukri Zainal meninggal dunia akibat pembuluh darah pecah dipercayai kerana kurang tidur, pada usia 38 tahun di Shah Alam.

28
Februari - Zul Mahat

Komposer
Zul Mahat meninggal dunia pada usia 65 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat jangkitan paru-paruSepanjang kariernya, Allahyarham menghasilkan lagu-lagu untuk artis tanah air, termasuk Perjalanan Duka (Min Malik), Sahabat (Fauziah Latiff), dan Sesat Dalam Gelita (Spider).

4 April - Nico

Penyanyi
rap era 1990-an, Abdul Fashah Abdul Aziz atau Nico, meninggal dunia dalam tidur di kediaman rakannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada usia 53 tahunNico yang juga anggota kumpulan hip hop Nico G terkenal dengan lagu ikonik, Inilah Nasibku.

5 April - Frankie Lee

Pelakon
veteran Frankie Lee Sai Peng meninggal dunia pada usia 85 tahunSepanjang kariernya sejak 1971, Frankie aktif dalam dunia seni termasuk iklan komersial dan filem. Mendiang meraih pelbagai pencapaian termasuk anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 menerusi filem The Journey (2014).

7 April - Noor
Azizah

Datin Noor
Azizah Azizul Hassan, pelakon veteran berusia 79 tahun, meninggal dunia akibat sesak nafas di kediamannya di Kampung Sungai Rapat, Ipoh, Perak. Allahyarham memulakan kerjaya seni sejak 1965 dengan filem Dayang Senandong, diikuti dengan Raja Bersiong (1968), 6 Jahanam (1969), dan Malim Kundang (1971).

5 Mei - Sophia Ibrahim

Pelakon
Sophia Ibrahim meninggal dunia pada usia 77 tahun akibat sesak nafas selepas menghadiri dua acara di Kuala Lumpur. Allahyarham terkenal dengan filem-filem seperti Jambatan Maut (1963), Dr Rushdi (1970), Puteri Impian 1 & 2 (1997 & 1998), Pontianak Harum Sundam Malam (2004) dan lain-lain.

29 Mei - Khairul
Azhar

Pelawak
Khairul Azhar ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang pada usia 70 tahun. Allahyarham popular menerusi sitkom Santan Berlada.

30 Mei - Mano
Maniam

Pelakon
veteran Mano Maniam meninggal dunia pada usia 79 tahun di kediamannya di Kuala Lumpur. Nama mendiang cukup dikenali melalui watak Uncle Sam dalam sitkom Kopitiam (1999–2003) dan filem Hollywood Anna and the King (1999).

9 Jun -
Adinda Amiro

Komposer
, penulis lirik, dan penyanyi Adinda Amiro meninggal dunia pada usia 66 tahun di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Allahyarham menghasilkan lagu-lagu evergreen seperti Aduhai Seribu Kali Sayang (Saleem Iklim), Cinta dan Air Mata (Lestari), dan Bukan Aku Tak Cinta (Iklim).

17 Jun -
Sheqal

Penyanyi
Sheqal atau Shahrin Salehuddin dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan untuk menerima rawatan kerana tahap oksigen menurun sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham
pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Raja Ema pada 1993, namun bercerai selepas enam tahun hidup bersama. Mereka dikurniakan dua anak lelaki. Allahyarham juga memiliki dua cahaya mata lain hasil perkahwinan bersama Normah Mohd Yusoff.

Sheqal
dikenali dengan lagu-lagu bergenre nusantara termasuk Zapin Rindu-Rinduan, Cinta Nusantara, dan Ratib Orang Lautan.

19 Jun -
Zaleha Hamid

Penyanyi
dangdut era 1980-an, Zaleha Hamid meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada usia 68 tahunTerdahulu Allahyarham terlantar sejak 2020 akibat angin ahmar selepas terjatuh di bilik air rumahnyaAntara lagu popular Allahyarham ialah Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman, dan Jangan Kau Tangiskan.

24 Jun - Iskandar Spring

Gitaris
kumpulan Spring, Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat pelbagai masalah kesihatan termasuk diabetes dan komplikasi buah pinggangAllahyarham yang juga pengasas kumpulan Spring yang terkenal dengan lagu seperti Sampai Hati, Bourgenvilla, Butakah Cinta dan Sejiwa.

2
Ogos - Ross Ariffin

Komposer
dan pemuzik Ross Ariffin meninggal dunia pada usia 63 tahun. Allahyarham sebelum ini pernah mengejutkan industri seni apabila dilaporkan hidup sebagai gelandangan. Komposer ternama ini pernah menghasilkan lagu untuk artis popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, dan Ning Baizura.

15 Oktober - Charlie Nu’man

Pelakon Charlie atau Nu’man Mohd Salleh meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat kanser usus tahap empat di kediaman anaknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Allaharham terkenal dengan drama dan filem seperti Cinta Masam Manis, Sein dan Luna, Monalisa, dan Rumah Siti Khadijah.

25 November - Dharma Harun Al-Rashid

Pelakon
era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid ditemukan meninggal dunia sendirian di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ketika kejadian, kedua-dua anaknya tiada di rumah dan hanya menyedari pemergian Allahyaham setelah menemui jasadnya terbujur kaku apabila pulang ke rumah sekitar pukul 9.15 malamAllahyarham meninggalkan karya ikonik dalam era filem tempatan termasuk Prebet Lapok (1979), Adik Manja (1980), dan Mekanik (1983).

18 November - Lotter AF4

Naib
juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Lotter, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada usia 43 tahun selepas bertarung dengan penyakit tiroidMendiang Lotter atau nama penuhnya Lotter Petrus Edwin Edin pernah menghasilkan single Yang Berlalu Tak Berulang (2006) dan Di Sampingmu (bersama The Divine Master).

25 November - Amirul AF4

Selepas
Lotter, peminat AF4 sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Amirul Azwan Mohd Ghazali yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun akibat serangan jantungAllahyarham meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil anak sulung mereka, setelah mendirikan rumah tangga pada 2023.


Setiap pemergian tahun ini meninggalkan ruang kosong yang hanya dapat diisi oleh kenangan dan karya mereka. Dari pentas, layar, hingga ke alunan lagu, sumbangan mereka terus memberi inspirasi dan meninggalkan kesan mendalam buat industri seni tanah air. Semoga jasa dan warisan mereka terus dikenang, dan roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments