Dari TV ke YouTube: Oscars 2029 Bakal Distrim Secara Global


HOLLYWOOD bakal menyaksikan satu transformasi besar dalam sejarah penganjuan Anugerah Akademi (Oscars) apabila majlis berprestij ini diumumkan akan distrim secara langsung di YouTube global mulai 2029.

Langkah ini menandakan peralihan dramatik daripada siaran tradisional ABC, yang telah menjadi penyiar utama Oscars sejak 1976, kepada platform penstriman digital yang kini menjadi pilihan utama generasi penonton baharu.

Menurut kenyataan rasmi Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS), perjanjian eksklusif multi-tahun bersama YouTube akan menyiarkan Anugerah Oscars bermula 2029 hingga 2033, sekali gus menjadikan pengalaman malam kemuncak acara ini lebih global dan mudah diakses.

Peralihan ini dilihat sebagai respons kepada perubahan tingkah laku penonton, terutamanya generasi muda yang semakin meninggalkan televisyen tradisional dan beralih ke platform digital.

Dengan lebih 2 bilion pengguna aktif global, YouTube bukan sahaja menawarkan capaian yang lebih luas, tetapi juga fleksibiliti yang sukar dicapai melalui televisyen. Penstriman ini turut  tersedia dengan sarikata dalam pelbagai bahasa, aliran audio berbilang trek, serta interaksi penonton secara langsung melalui komen dan ciri tambahan.

Malah, peminat filem kini boleh menyaksikan setiap sudut malam Oscars, bermula dari red carpet, wawancara eksklusif, hingga behind the scenes dengan cara yang lebih dekat dan interaktif.

Era Baru Oscars: Dari TV ke Platform Digital

ABC, saluran milik Walt Disney Co., telah menjadi penyiar utama Oscars sejak 1961 dan menyiarkan hampir setiap edisi selama lebih lima dekad sehingga 2028. Tahun itu juga akan menandakan Oscars ke-100, satu pencapaian bersejarah sebelum peralihan ke era digital.

Streaming di YouTube bukan sahaja akan menampilkan majlis utama, tetapi juga acara sampingan seperti Governors Awards, majlis luncheon calon Oscars, pengumuman calon, dan program pendidikan berkaitan industri filem.

Peralihan ini bukan sekadar soal platform. Ia membawa maksud pengalaman Oscars menjadi lebih inklusif, interaktif, dan global.

Dengan streaming percuma, capaian tanpa sempadan, dan fleksibiliti menonton semula highlights atau kandungan tambahan, peminat dari seluruh dunia kini boleh mengikuti malam paling berprestij dalam dunia perfileman dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.

Oscars kini bukan sekadar malam anugerah, tetapi sebuah festival filem digital yang memberi pengalaman penuh kepada penonton global, menandakan permulaan era baru dalam dunia hiburan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments