| | KREDIT FOTO: Olen Quinn |
BBNO$ kembali dengan karya terbaharu yang cukup bold, album self-titled BBNO$ yang memuatkan 21 trek, menampilkan sisi playful, bertenaga dan penuh elemen kejutan yang menjadi identitinya.
Daripada produksi dance-driven hinggalah melodi mellow yang romantik, projek ini menyerlahkan keupayaannya mengekalkan DNA muzik sambil meneroka pelbagai gaya dengan yakin.
Artis kelahiran Kanada ini bergerak bebas antara pelbagai mood dan genre daripada lagu bertenaga seperti Yezzir (dengan produksi daripada Sammy Virji), hinggalah ke sentuhan lembut dan romantik dalam Main Squeeze.
Hasilnya menghadirkan seleksi lagu yang terasa tersusun rapi ibarat mixtape hujung minggu yang kaya tekstur dan karakter, namun semuanya masih terikat dalam satu aliran bunyi yang konsisten dan saling melengkapi.
Trek fokus Bing Bong menjadi antara sorotan album, khususnya dengan penampilan personaliti media sosial terkenal Vanilla Mace dalam debut muziknya sebagai VNLLA. Muzik videonya tampil dengan konsep role reversal yang menghiburkan dan stylish, memaparkan Mace sebagai socialite glamor sementara BBNO$ mengambil watak butler serba segak dalam kediaman mewah.
Naratif visual tersebut bukan sahaja mencerminkan energy playful lagu ini, malah mengukuhkan reputasi BBNO$ sebagai artis yang gemar mematahkan jangkaan dengan kreativiti yang segar dan bersahaja.
Lagu Viral, Kempen Pelancaran Besar-besaran
Selain karya baharu, album ini turut menghimpunkan beberapa lagu yang menjadi siulan ramai pada tahun 2025 seperti 1-800 bersama V-Tuber Ironmouse, Two, dan It Boy.
Senarai lengkap trek terdiri daripada Bag TF Up, Bing Bong (feat. Vnlla), Gigolo, Eat Slay Love (feat. Käärijä), It Boy, Estrella, Come To Brazil, Check, Hot Topic, Yezzir, Rich Sexy Ugly, 1-800 (feat. Ironmouse), Pump It, NSFW, F.U.N.K., Main Squeeze, ADD, Like This Like That, Two, Boom dan Finally Up.
| | KREDIT FOTO: Olen Quinn |
Projek ini turut disokong oleh barisan penerbit ternama termasuk Diamond Pistols, Pink Slip dan Y2K, manakala bahagian penulisan menerima sentuhan Jesse Saint John dan JBACH, sebuah kombinasi yang menghasilkan bunyi kontemporari dan berakar dalam budaya internet semasa.
Pelancaran album ini turut menandakan penutup kepada tahun yang luar biasa buat BBNO$, yang mencatat pertumbuhan audiens lebih dua kali ganda dengan tambahan lebih 14 juta pengikut di pelbagai platform.
Menjelang pelancaran, BBNO$ melalui kempen rollout selama enam minggu dengan enam single, disertai rangkaian kandungan digital yang meraih engagement tinggi.
Kempen tersebut turut menampilkan cameo daripada nama-nama internet popular termasuk jschlatt, Vanilla Mace, Jake Webber, Brandon Rogers, TheAnimeMen, Leeda Dong, Smosh, CG5 dan The Content Machine, yang telah meraih lebih 150 juta capaian setakat ini, tidak termasuk kandungan tambahan daripada peminat.
Selepas pelancaran ini, BBNO$ bersedia memulakan jelajah global terbesar dalam kerjayanya bermula 31 Oktober di Sydney, Australia.
Tour tersebut akan merangkumi lebih 65 tarikh sehingga suku kedua 2026, termasuk venue berkapasiti lebih 7,000 penonton di pasaran utama seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia dan Oceania. Antara lokasi paling dinanti ialah O2 Academy Brixton di London, sebuah pentas ikonik yang dijangka menyajikan persembahan penuh tenaga dan suasana pesta yang menjadi trademark BBNO$. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments