Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KL Convention Centre Terus Dominasi! Tahun Gemilang dengan Deretan Anugerah Berprestij

Pasukan kulinari dan minuman Kuala Lumpur Convention Centre meraikan kemenangan mereka di Culinaire Malaysia 2025


KUALA Lumpur Convention Centre (KLCC) terus membuktikan statusnya sebagai pusat konvensyen bertaraf dunia apabila berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij di peringkat nasional dan serantau.

Satu pencapaian yang meneguhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam hospitaliti, operasi dan pengurusan acara.

Antara
kemenangan utama tahun ini termasuk Malaysia’s Best Convention & Exhibition Centre (TTG Travel Awards 2025), Best Convention Centre (Southeast Asia) (M&C Asia Stella Awards 2025), serta National Energy Award 2025, yang mengiktiraf usaha KLCC dalam inisiatif tenaga lestari dan kelestarian operasi.

Menurut
Pengurus Besar KLCC, John Burke, setiap anugerah bukan sekadar trofi di rak, tetapi bukti nyata kepada pelaburan berterusan mereka dalam tenaga kerja, operasi mampan dan pengalaman bertaraf dunia.

“Kami
amat berbangga dengan seluruh pasukandari operasi hingga kulinari. Kemenangan ini mencerminkan dedikasi dan inovasi harian mereka,” ujarnya.

Dominasi
di Dunia Kulinari

Bukan
 sekadar cemerlang di pentas korporat, pasukan kulinari KLCC turut mencipta sejarah di Culinaire Malaysia 2025, dengan meraih 8 pingat emas, 12 perak dan 21 gangsa.

Mereka
juga membawa pulang gelaran Overall Champion (Professional), Most Outstanding Artist, serta Professional Chef (Champion) dalam kategori piza.

Culinaire
Malaysia, sebuah acara dwitahunan paling berprestij di Asia menghimpunkan chef dan profesional hospitaliti dari seluruh rantau untuk bersaing dalam pelbagai kategori yang menguji kreativiti dan ketepatan teknik.

Namun
, di sebalik kemenangan itu, KLCC lebih berbangga dengan usaha mereka melahirkan generasi pelapis dalam dunia kulinari.

Setiap
tahun, pusat ini memberi peluang kepada chef muda untuk bertanding di pentas profesional, membina keyakinan dan mengasah kemahiran sejajar dengan tren global.

“Chef muda adalah masa depan industri ini. Kami mahu mereka belajar, berkembang dan menunjukkan bakat mereka di platform seperti Culinaire Malaysia,” kata Chef Eksekutif KLCC, Hisham Jaafar.

Setiap
pengiktirafan yang diterima melambangkan kekuatan KLCC dari pelbagai sudut termasuk kualiti perkhidmatan, kelestarian, operasi efisien dan kepimpinan kulinari.

Lebih
daripada sekadar kemenangan, kejayaan ini turut memperkukuh keyakinan pelanggan dan penganjur antarabangsa terhadap KLCC sebagai destinasi pilihan utama untuk persidangan, pameran dan acara premium, sambil terus menegakkan standard tinggi dalam hospitaliti dan kelestarian- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments