HOLLYWOOD kembali bergemerlapan malam Ahad lalu apabila Anugerah Primetime Emmy ke-77 berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles.
Sorotan utama malam itu sudah tentu milik The Studio yang mendominasi pentas dengan 13 kemenangan, sekali gus mencatat rekod baharu sebagai siri komedi debut paling banyak merangkul trofi dalam satu musim.
Dalam kategori drama, The Pitt mencatat kemenangan besar sebagai Best Drama Series, manakala Noah Wyle akhirnya menerima pengiktirafan berprestij dengan trofi Pelakon Drama Terbaik, detik penuh makna buat kariernya.
Tidak kurang hebat, siri terhad/antologi Adolescence terbitan Netflix turut mencuri perhatian apabila membawa pulang enam anugerah, termasuk Best Limited Series dan beberapa kategori lakonan.
Lebih manis, pelakon muda berusia 15 tahun, Owen Cooper, mencatat sejarah sebagai Pelakon Pembantu Lelaki termuda yang pernah memenangi kategori tersebut.
Sorotan Menarik
- The Studio bukan saja menang Komedi Terbaik, tapi juga pelbagai kategori teknikal dan kreatif.
- Severance walaupun kalah kepada The Pitt dalam kategori Drama Terbaik, tetap pulang bergaya apabila memenangi trofi utama Pelakon Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik.
- Owen Cooper, baru 15 tahun, tercatat sebagai pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terhad/Antologi termuda termuda dalam sejarah Emmy.
- Stephen Colbert menang Best Talk Series, Tetapi siri The Late Show itu diumumkan akan dibatalkan, jadi kemenangannya begitu bermakna kepada peminat dan kru.
- Rekod Baharu oleh The Studio di mana mereka memecahkan rekod sebagai siri komedi debut dengan kemenangan paling banyak dalam satu musim.
- Hannah Einbinder daripada Hacks dalam ucapan penerimaan menegaskan sokongan terhadap isu Palestin dan memakai pin 'Free Palestine, selain menamatkan ucapan dengan melaungkan 'Free Palestine'. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments