Isha dan Azman Azeez selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada pagi Jumaat. |
HANYA dengan sekali lafaz, pengacara dan penyampai radio Era, Isha Norsham kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Azman Azeez, pada pagi Jumaat.
Majlis ijab kabul itu diadakan di Hyatt Place Bukit Jalil, dengan bapa pengantin perempuan, Norsham Aziz, sendiri menjadi wali yang menikahkan pasangan tersebut.
Pada acara penuh harmoni yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat, Isha atau nama penuhnya Nurul Farisha Norsham, 29, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas daripada pihak lelaki, simbol ikatan cinta yang kini disahkan dengan akad.
Mengenakan busana rona putih sedondon bersama suami rekaan Farrarahim Atelier, pengacara rancangan Gempak Most Wanted itu tampil cukup anggun dan berseri di hari bahagianya.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada 3 Mei 2025.
Manisnya momen bahagia ini jelas terpancar pada wajah Isha dan Azman, yang kini melangkah ke fasa baharu bersama. Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai, semoga cinta yang disemai terus mekar, hari-hari mendatang dipenuhi senyuman, dan rumah tangga mereka kekal harmoni selamanya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments