DUNIA hiburan tanah air menerima khabar duka apabila bapa kepada dua penyanyi terkenal, Ziana Zain dan Anuar Zain, iaitu Haji Zin @ Zain Abdullah, meninggal dunia di kediaman keluarga di Subang Permai, Selangor, sekitar jam 2.50 petang, Selasa.
Allahyarham yang juga merupakan merupakan seorang pesara polis dan bapa kepada lima anak itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun, di sisi isteri, Robiah Abdul serta seisi keluarga.
Berita pemergian itu turut dimaklumkan menerusi laman sosial rasmi syarikat milik Anuar, iaitu Anuar Zain Network, yang memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat Allahyarham. Bagaimanapun, buat masa ini punca kematian Allahyarham tidak dinyatakan.
Haji Zain yang lebih mesra disapa sebagai Pak Zain, merupakan individu penting dan tulang belakang di sebalik kejayaan anak-anaknya, Ziana dan Anuar dalam dunia seni sejak awal pembabitan mereka sehingga ke hari ini.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib, hari ini. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments