Hot Posts

6/recent/ticker-posts

FILA Echappe LX Hadir Dengan Warna Baharu Mocha & Olive — Lebih Berani, Lebih Urban


SELEPAS sambutan luar biasa untuk koleksi Echappe awal tahun ini, FILA kini memperkenalkan Echappe LX dalam dua warna baharu yang lebih berani iaitu Mocha dan Olive, melengkapkan siri asal dalam rona Choco dan Cream.

Koleksi
ini meneruskan momentum gaya dengan rekaan futuristik yang menonjolkan semangat generasi muda masa kini iaitu Gen Alpha, generasi yang hidup dengan keberanian, ekspresi diri dan cita rasa fesyen yang sentiasa berevolusi.

Echappe
LX menampilkan rekaan versatil yang sesuai untuk gaya kasual harian atau aktiviti aktif, berkat bahagian atas breathable mesh dan lapisan sokongan yang memberikan keselesaan berpanjangan.

Ciri
seperti Ortholite insole dan logo 'F' ikonik pada tapak kasut kekal menjadi identiti kuat FILA, simbol keaslian yang terus menarik penggemar setia dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Bagi
meraikan pelancaran kali ini, FILA memberi tumpuan kepada bintang muda Malaysia yang sedang mencipta nama di pentas antarabangsa iaitu Gen1es Elyn dan ALPHA dari Big Stage 2025, masing-masing mewakili suara generasi baharu yang berani mencipta identiti sendiri.

Acara
pelancaran turut diserikan dengan persembahan, sesi interaktif dan perkongsian gaya peribadi daripada kedua-dua ikon muda ini. ALPHA dan Gen1es Elyn turut berkongsi tip fesyen unik mereka bersama peminat dalam suasana santai namun penuh tenaga.

Wajah
 Baharu, Semangat Generasi Baharu

Elyn
, personaliti media sosial dan ahli kumpulan Gen1es, berkata, koleksi baharu ini menggambarkan semangat generasi muda yang berani mencuba sesuatu di luar kebiasaan, sama ada dalam gaya mahupun cara mengekspresikan diri.

“Sama
seperti moto Gen1es, ‘Dream a Journey,’ fesyen seharusnya berani dan penuh dengan pengembaraan. Echappe LX baharu ini sangat versatil dan ia memberi saya kebebasan untuk bereksperimen dengan pelbagai gaya, sama ada mahu tampil kasual ataupun lebih berani.

Pilihan warna baharu pula menyalurkan energi tambahan kepada apa jua penampilan, dan bagi saya itulah yang menjadikannya sempurna untuk generasi kita. Dengan sneakers ini, personaliti kita sentiasa boleh terserlah melalui fesyen,” katanya.



Sementara itu,  ALPHA menambah bahawa Echappe LX bukan sekadar rekaan gaya semata-mata, tetapi juga satu bentuk ekspresi diri yang mencerminkan keberanian dan tenaga generasi muda hari ini yang tidak gentar untuk mencipta ruang sendiri dalam dunia fesyen.

Bagi kami, gaya itu tentang pergerakan dan keyakinan, dan Echappe LX membawa energi berani itu dengan sempurna. Sama ada ketika beraksi di pentas atau sekadar bersantai, rekaan ini menggabungkan minimalisme urban dengan sentuhan futuristik.

Ia terasa seakan dicipta untuk mereka yang sentiasa bersedia melangkah ke hadapan dengan berani. Itulah sebabnya koleksi ini benar-benar mencerminkan semangat meneroka potensi dalam diri kami,” ujar Daniel Sher, mewakili kumpulannya.

Showcase Acara Fila
Echappe LX

Bertempat
di Blue Atrium, Sunway Pyramid, acara pelancaran Echappe LX membawa pengunjung menyelami dunia futuristik penuh penemuan.

Mengangat
tema kempen 'Outland', ruang pameran diubah menjadi gabungan landskap bandar dan keindahan semula jadi yang mencerminkan semangat eksplorasi dan keberanian yang menjadi DNA koleksi ini.

Selari
dengan tagline 'Bold Moves, Into the Outland', acara ini dibahagikan kepada lima stesen interaktif, masing-masing direka untuk menghidupkan elemen gorpcore style dan mendorong pengunjung keluar dari zon selesa mereka.

Perjalanan
bermula di The Gate, pintu masuk misi gaya yang mengaktifkan semangat eksplorasi anda. Dari situ, pengunjung dibawa ke The Bunker untuk sesi fearless fit check, kemudian mencuba sendiri FILA Echappe LX terbaharu di The Fitting Bay.

Seterusnya
, pengalaman diteruskan ke The Dune, ruang yang mempertemukan gaya dan penemuan baharu, sebelum ke The Foundry, di mana pengunjung boleh mencipta cenderahati bertema Outland mengikut cita rasa masing-masing.

Pengembaraan
penuh gaya ini diakhiri di The Cache, tempat di mana ganjaran secawan kopi menjadi simbol rehat, refleksi dan keberanian untuk melangkah lebih jauh iaitu seiring semangat 'Bold Moves' yang menjadi jiwa koleksi Echappe LX. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments