Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AIM24: Belagu II Menang Album Terbaik, Aina Unggul Dengan 4 trofi utama


ALBUM Belagu II milik Dayang Nurfaizah terus berada di kelasnya yang tersendiri apabila diangkat sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung penuh meriah di Genting Highlands, malam Sabtu lalu.

Diterbitkan oleh komposer prolifik Aubrey Suwito, album tradisional moden ini berjaya membawa pulang Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM200,000 daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).

Dalam kategori utama itu, Belagu II berjaya menewaskan pesaing hebat termasuk album baharu Dayang sendiri berjudul Janji, Imaji (Aina Abdul), Imaji Deluxe Edition (Aina Abdul) dan SITISM (Datuk Seri Siti Nurhaliza).

Album ini turut memenangi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Semua Bahasa) menerusi Rindu Menyapa.

Sementara itu, Aina Abdul membuktikan reputasinya apabila memenangi empat kategori utama termasuk kategori Vokal Wanita Terbaik yang sentiasa menarik perhatian ramai.

Dalam kategori tersebut, penyanyi berusia 31 tahun itu mengenetepikan empat lagi finalis yang terdiri daripadaDatuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Marsha Milan, dan Ernie Zakri.

Kemenangan berganda menjadi milik Aina apabila turut diumum sebagai pemenang kategori Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Rakaman Album Terbaik, sekali gus menjadikannya artis paling menyerlah di pentas AIM24.

Tidak ketinggalan, Faizal Tahir juga melakar malam penuh bersejarah dengan empat kemenangan menerusi kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Perpaduan Terbaik dan Lagu Dengan Hasilan Video Tertinggi Di TikTok.

Sementara itu, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza diraikan dengan penghormatan tertinggi apabila menerima Anugerah Sri Wirama, sebuah pengiktirafan yang hanya diberikan kepada figura paling berpengaruh dalam industri muzik tanah air.

Sebanyak 11 kategori lain turut dipertandingkan termasuk Artis Baru Terbaik, Lagu Etnik Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik serta Video Muzik Terbaik, dengan setiap pemenang menerima dana berjumlah RM50,000.

Mengangkat tema Kemuncak Segala-Galanya, AIM24 dihoskan oleh duo serasi Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Malam anugerah ini turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada barisan artis terkemuka seperti Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Exists, Shila Amzah, Black Hanifah, Masdo, Dolla bersama penyanyi hip-hop Thailand Tobii, Ara Johari serta finalis Artis Baharu Terbaik.

Keseluruhannya, AIM24 benar-benar sebuah acara gemilang yang membuktikan muzik tanah air masih segar, berwarna-warni dan penuh daya tarikannya. - 7KLIK

Senarai Penuh Pemenang AIM24

Album Terbaik
Belagu II (Dayang Nurfaizah/Aubrey Suwito)

Lagu Terbaik
Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)

Vokal Lelaki Terbaik
Ryenald Guntabid (Lumangau Oku Dika)

Vokal Wanita Terbaik
Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

Vokal Kumpulan Terbaik
In-Team (Nasab Nabi)

Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik
Faizal Tahir & Datuk M Nasir (Campak Bintang)

Artis Baharu Terbaik
Ryenald Guntabid (Lumangau Oku Dika)

Kugiran Terbaik
Mafidz (Teleportasi)

Rakaman Album Terbaik
Imaji Deluxe Edition (Aina Abdul)

Rakaman Lagu Terbaik
Aura (Ernie Zakri)

Lagu Rock Terbaik
Saksama (Akim & The Majistret)

Lagu Pop Terbaik
Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)

Lagu Rap/Hip Hop Terbaik
Dannok (Salammusik dan Namewee)

Lagu Pop Elektronik Terbaik
Angkat (Mimifly)

Lagu Nasyid Terbaik
Biar Satu Dunia Tahu (Faizal Tahir dan Mirwana)

Lagu Etnik Terbaik
Cinta Setandan Pisang (Den Manjo dan Eda Ezrin)

Lagu Perpaduan Terbaik
Bendera (Faizal Tahir)

Lagu Tradisional Terbaik
Canda Citra Cinta (Hazra)

Lagu Inggeris Terbaik
My Home Is In Your Arms (Daiyan Trisha)

Lagu Cina Tempatan Terbaik
Divorce In Ghana (Firdhaus)

Lagu India Tempatan Terbaik
Pothum (Sheezay, Hashmita)

Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem atau Drama
Hasrat - Imaginur (Amir Jahari)

Lagu Dengan Hasilan Video Tertinggi Di TikTok
Santai (Faizal Tahir)

Lagu Paling Tinggi Distrim
Masing Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Bertengkar Manis (Rossa & Barsena Bestandhi)

Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik
Masing Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Semua Bahasa)
Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah/Aubrey Suwito)

Kategori Kulit Single/Album Terbaik
Iman (Irfan Ramos)

Muzik Video Terbaik
Vodoo (KRU)

Video Muzik Rasmi Malaysia Dengan Tontonan Tertinggi Di Pelantar Video Utama
Sayunk I Love You (Chombi)

Anugerah Sri Wirama
Datuk Seri Siti Nurhaliza

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments