Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nikmati Pengalaman Keluarga Penuh Keseronokan dengan Debut 'Elio' Disney dan Pixar di Disney+ Hotstar


SEBUAH galaksi penuh humor, emosi, dan keajaiban menanti apabila animasi terbaharu Disney dan Pixar, Elio, membuat debutnya di Disney+ Hotstar pada 17 September ini.

Kisah berlatarkan angkasa lepas ini mengisahkan Elio Solís dan kini dibawa ke skrin rumah, mengundang keluarga menyelami 'Communiverse' pada bila-bila masa mereka mencari keajaiban dan pengalaman baharu.

Ikuti perjalanan Elio, seorang peminat luar angkasa dengan imaginasi tinggi, ketika dia membuat hubungan pertama dengan makhluk asing yang tersalah anggap dirinya sebagai pemimpin Bumi. Saksikan kegembiraan Elio ketika impian seumur hidupnya menjadi kenyataan.

Babak terbaharu dalam legasi penceritaan Disney dan Pixar ini membawa penonton menjelajah ke alam semesta yang luas, sambil mengajak mereka menghargai hubungan yang ada di sekeliling mereka tanpa perlu melakukan perjalanan antara planet.


Filem ini mengisahkan tentang Elio, seorang penggemar angkasa dengan imaginasi yang aktif, mendapati dirinya terlibat dalam pengembaraan kosmik yang memerlukan dia membina ikatan baru dengan makhluk asing yang unik, menghadapi krisis berskala intergalaktik, dan dalam proses itu, menemui siapa dirinya yang sebenar.

Menerusi pengiktirafan Certified Fresh dan status Verified Hot oleh Rotten Tomatoes, filem yang menyentuh hati ini kini boleh dinikmati oleh keluarga di seluruh dunia dalam keselesaan rumah masing-masing. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments