Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[REVIEW] Omniscient Reader: The Prophet – Adaptasi Fantasi Sarat Aksi & Visual Memukau


SEDEKAD yang lalu, Omniscient Reader’s Viewpoint hanya dikenali sebagai webnovel unik dengan naratif kompleks dan dunia yang tersusun rapi.

Namun hari ini, ia telah diangkat ke layar lebar dengan judul Omniscient Reader: The Prophet, sebuah adaptasi 'live-action' yang hadir dengan harapan tinggi dan juga tekanan besar daripada jutaan peminat sedia ada.

Naskhah
arahan Kim Byung-Woo ini menggabungkan elemen fantasi pasca-apokaliptik dan thriller moden ini mengisahkan tentang Dok-ja (Ahn Hyo-seop), tiba-tiba hidup dalam dunia novel Three Ways to Survive the Apocalypse yang telah dibacanya selama bertahun-tahun.

Justeru pada
ketika dunia mula berdepan kekacauan, hanya dia yang mengetahui setiap inci jalan cerita yang bakal berlaku. Dok-ja harus bekerjasama dengan watak utama novel itu, Yoo Joong-hyuk (Lee Min-ho), untuk menyelamatkan dunia atau sekurang-kurangnya dirinya sendiri dengan menulis semula pengakhiran baharu novel itu.

Secara
teknikal, filem ini memang memukau. Visual yang dilakar berkonsep skala besar terasa seperti dibawa dari permainan video survival, lengkap dengan sinematografi dinamik dan transisi halus antara realiti harian ke alam apokaliptik yang menakutkan.

Kim Byung-woo
selaku pengarah juga dilihat cuba untuk menyeimbangkan antara kehendak naratif yang luas dan keterbatasan durasi filem. Dalam masa 117 minit, banyak perkara dipadatkan menyebabkan beberapa subplot terlihat diketengahkan seperti teaser, tanpa ruang berkembang secara natural

Namun begitu, filem ini tetap mencuba sedaya mungkin untuk membina momentum dan emosiBabak-babak aksi, terutama dalam kereta api semasa kemunculan dokkaebi pertama, berjaya memberikan impak dramatik yang cukup kuat sekali gus mengingatkan penonton kepada asal-usul novel ini sebagai cerita survival yang mencengkam.



Untuk penonton baharu, filem ini mungkin masih boleh difahami, tetapi bagi mereka yang mengikuti webtoon atau novel asal, banyak elemen penting yang diketepikan atau diubah secara drastikAntaranya, konsep 'omniscient reader; itu sendiri yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan cerita tidak diberi penekanan yang mencukupi.

Naratif
filem ini dilihat sebagai terlalu 'terburu-buru' dan hanya menyentuh permukaan cerita asal. Malah beberapa mekanisme unik seperti sistem 'bookmark' atau perkembangan senjata dan senario juga tidak dijelaskan dengan mendalam.

Pun
begitu, pujian wajar diberikan kepada Ahn Hyo-seop dilihat cemerlang dalam menjayakan wataknya. Namun kemunculan Lee Min-ho sebagai Joong-hyuk terasa terlalu berbeza daripada imej watak asal meskipun dia cuba menampilkan karismanya.

Penampilan
Jisoo (BLACKPINK) sebagai Lee Jihye pula tidak seperti yang diharapkan. Bukan kerana lakonannya tidak bagus, tetap karakter yang dibawakan itu tidak memberikan dia peluang yang sewajarnya untuk berkembang, malah hanya muncul dalam babak yang terhad dan mudah dilupakan.

Secara
keseluruhan, Omniscient Reader: The Prophet masih menghiburkan untuk ditonton. Ia adalah filem aksi-fantasi yang penuh potensi, cuma masih memerlukan ruang untuk berkembang, terutama dari segi penceritaan dan penghormatan terhadap bahan asal.

Jika
benar ada sekuel dalam perancangan (adegan post-credit di hujung cerita) semoga ia tampil dengan lebih berani dalam menyelami kompleksiti dunia 'Reader' dan bukan sekadar menjual visual dan nama besar untuk menaikkan 'hype'.

Apa-apapun ia adalah permulaan berani untuk membawa IP digital ke pentas sinema berskala besar. Malah sebagai langkah pertama ke arah pembinaan francais filem Korea bertaraf global, ini adalah percubaan yang signifikan.

Trivia Menarik

  • Ditayangkan di 113 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Amerika Syarikat.
  • Antara filem bajet tertinggi Korea tahun ini, sekitar USD 21 juta.
  • Debut layar lebar Ahn Hyo-seop selepas hampir sedekad berlakon drama.
  • Versi filem ubah senjata Lee Ji-hye (Jisoo) daripada pedang ke senapang, cetus kritikan peminat.
  • Comeback Lee Min-ho ke filem selepas sembilan tahun.
  • Filem ini dihantar sebagai calon rasmi Korea ke  Anugerah Akademi (Oscar) ke98 pada 2026 bagi Kategori Filem Antarabangsa- 7KLIK

ARTIKEL LAIN:



OMNISCIENT READER: THE PROPHECY
Bahasa: Korea
Klasifikasi: 13
Genre: Aksi/Fantasi
Durasi: 1 jam 57 minit
Pengarah: Kim Byung-Woo
Pelakon: Ahn Hyo-Seop, Lee Min-Ho, Chae Soo-Bin, Jisoo, Shin Seung-Ho, Nana, Kwon Eun-Seong
Edaran: ATriNaga Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2025
Bintang: 6/10

[KREDIT FOTO: ATriNaga Sdn Bhd - Terima Kasih Sabrina]

Post a Comment

0 Comments