Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Marvel Studios ‘Thunderbolts’ Sedia Gegarkan Disney+ Hotstar Bermula 27 Ogos



BERSIAP sedia untuk aksi tanpa henti kerana Thunderbolts bakal meletup di skrin besar dan kecil apabila ia tiba di Disney+ Hotstar pada 27 Ogos ini.

Kisah terbaharu dari Marvel Studios ini hadir dengan momentum kukuh selepas tayangan di pawagam yang mendapat sambutan luar biasa.

Thunderbolts adalah wajah baharu 'The New Avengers', kejutan terbesar buat penonton apabila sebuah pasukan ‘misfit’ yang terdiri daripada bekas hero bermasalah bergabung tenaga dan berjuang habis-habisan menentang segala rintangan.

Dipenuhi aksi mendebarkan, filem ini memadukan humor berkuasa 'super' dengan adrenalin tinggi yang membuatkan penonton terus melekat di kerusi.

Para pengkritik turut melabelnya sebagai “Salah satu filem Marvel terbaik sepanjang zaman” (BJ Colangelo, Slashfilm) dan “Antara filem MCU yang paling menyeronokkan, menghiburkan, dan benar-benar menyentuh hati,” (Ross Bonaime, Collider).

Misi Bahaya Pasukan Antihero Marvel

Kisah Thunderbolts membawa penonton menyaksikan gabungan luar biasa watak-watak antihero yang pernah mencuri perhatian peminat Marvel: Yelena Belova, Bucky Barnes, Red Guardian, Ghost, Taskmaster, dan John Walker.

Mereka secara tidak sengaja terperangkap dalam jerat maut yang dirancang oleh Valentina Allegra de Fontaine. Dipaksa menjalani misi berbahaya, kumpulan buangan ini perlu berdepan dengan sisi paling gelap dalam sejarah hidup masing-masing.



Persoalannya, adakah mereka akan hancur kerana perbezaan dan masa lalu yang menghantui, atau berjaya mencari jalan menuju penebusan serta bersatu sebelum segalanya terlambat?

Mulai 27 Ogos, semua aksi pantas dan keperibadian unik watak-watak Thunderbolts boleh ditonton berulang kali hanya di Disney+ Hotstar, pada bila-bila masa. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments