Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Trio Kegemaran Anda Kembali! 'Only Murders in the Building' Musim Kelima Bakal Tayang 9 September Ini


MUSIM baharu, misteri baharu.. dan ya, jenaka mereka juga masih berbisa. Siri komedi jenayah popular Only Murders in the Building kini bersedia untuk kembali dengan musim kelima yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 9 September ini.

Tiga
episod pertama akan dilancarkan serentak, diikuti dengan episod baharu setiap mingguDibintangi trio hebat Steve Martin, Martin Short dan Selena Gomez, siri ini sekali lagi menggabungkan elemen penyiasatan yang penuh teka-teki dengan sentuhan komedi tajam yang menjadi identiti utamanya.

Kali
ini, kisah bermula selepas pemergian mengejut 'doorman' kesayangan mereka, Lester, yang mati dalam keadaan mencurigakan. Namun seperti biasa, Charles, Oliver dan Mabel enggan menerima ia sebagai satu kemalangan biasa.

Ketiga-tiga
mereka kembali menyiasat, dan pencarian kebenaran membawa mereka ke sudut-sudut gelap New York dan lebih jauh dari apa yang mereka jangkakan.

Misteri
ini mengheret mereka ke dalam dunia penuh rahsia yang menghubungkan golongan bilionair berkuasa, kumpulan mafia lama dan penduduk misteri di bangunan Arconia itu sendiri.

Namun
yang lebih mengejutkan, penyiasatan ini turut membuka jurang yang lebih luas antara wajah New York yang pernah mereka kenali dan versi baharu yang kini sedang berubah, sebuah bandar di mana mafia lama sedang cuba mempertahankan wilayah, sementara pemain baharu yang jauh lebih berbahaya mula muncul.



Musim kelima ini turut dibintangi Michael Cyril Creighton serta senarai bintang jemputan yang sangat mengujakan termasuk Meryl Streep, Da’Vine Joy Randolph, Richard Kind, Nathan Lane, Bobby Cannavale, Renée Zellweger, Logan Lerman, Christoph Waltz, Téa Leoni, Keegan-Michael Key, Beanie Feldstein, Dianne Wiest dan Jermaine Fowler dan ramai lagi yang bakal mencuri perhatian.

Only Murders in the Building
merupakan karya ciptaan dan tulisan bersama Steve Martin dan John Hoffman. Kedua-duanya turut bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama Martin Short, Selena Gomez, pencipta siri This Is Us, Dan Fogelman, Jess Rosenthal, Ben Smith dan JJ Philbin. 

Jangan
lupa tandakan tarikh 9 September kerana kes pembunuhan terbaharu di Arconia sedang menanti untuk dibongkar, dan tiada siapa yang mampu melakukannya lebih baik selain trio kegemaran kita- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments