Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Astro Lancar Kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ Sempena Merdeka & Hari Malaysia


BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Astro kembali dengan kempen istimewa bertemakan Inilah KITA, Sehati Bersama yang berlangsung dari 15 Ogos hingga 16 September 2025.

Kempen ini menjadi wadah untuk meraikan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan yang terus membentuk masyarakat Malaysia secara positif.

Antara sorotan utama kali ini ialah pelancaran saluran khas KITA Channel (CH 100), lagu tema Bangkit Malaysia nyanyian Hael Husaini, acara Hello Inilah KITA, siaran radio KITA FM, dan pelbagai lagi.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, pihaknya meneruskan naratif Inilah KITA tahun ini dengan tema Sehati Bersama, menampilkan kisah-kisah yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian.

"Melalui cerita-cerita kebersamaan daripada berkongsi hidangan, ruang komuniti hingga kolaborasi kreatif, kami paparkan detik-detik berharga yang mendekatkan rakyat Malaysia.

"Pengalaman ini mengingatkan bahawa walaupun latar belakang kita berbeza, momen bermakna inilah yang menyatukan kita sebagai satu,” ujarnya.

Sepanjang tempoh kempen, Astro membawakan semangat Sehati Bersama kepada rakyat Malaysia melalui seleksi filem dan drama hebat di KITA Channel, lagu tema inspirasi Bangkit Malaysia, acara Hello Inilah KITA yang meraikan bakat tempatan, serta perbualan santai di radio bersama penyampai kegemaran anda menerusi KITA FM.

50 Lebih Program Khas

Sebagai jenama tempatan, Astro mempersembahkan KITA Channel (CH 100) sebagai saluran istimewa sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, menampilkan kandungan terbaik hasil karya anak Malaysia.

Dari 15 Ogos hingga 17 September, penonton boleh menikmati lebih 50 program pilihan termasuk filem, drama, rancangan realiti, dan dokumentari yang menonjolkan kisah-kisah tempatan, semangat patriotisme, serta kejayaan kandungan Malaysia dalam membentuk landskap hiburan negara. Semua ini boleh ditonton di KITA Channel (CH 100), On Demand, sooka, dan NJOI.

Bagi membangkitkan lagi semangat perpaduan, KITA Channel turut menayangkan telefilem baharu bertemakan Merdeka seperti Kita Bukan Data, Mariam Meenachi, Rombengan, Wasiat Ayah, dan Daddy Naik Sheikh.

Barisan pelakon popular seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Que Haidar, Yasmin Hani, MK K-Clique, Andy Teh, Lim Mei Fen, Mandy Choong, Irfan Zaini, Malarvili Shanmugam, Myra Afrina, dan Eugene Song Yi akan menghidupkan setiap karya ini.

Selain itu, peminat muzik tempatan boleh menikmati konsert eksklusif seperti Slam X Exist: Our Journey dan Konsert Hael Husaini & The Repertoire, sebagai penghargaan terhadap bakat dan seni tempatan.

Sebagai sebahagian daripada kempen Inilah KITA, Sehati Bersama, Astro turut memperkenalkan Unity Stories of Inilah KITA, tiga dokumentari pendek yang memaparkan kisah sebenar perpaduan dalam masyarakat Malaysia.

Antaranya termasuk Famili Ikat Tepi, kisah sebuah kopitiam berusia 100 tahun yang menjadi simbol perpaduan komuniti berbilang kaum dan diikuti Tempat Letak Harmoni di Lutong, Sarawak, di mana masjid dan gereja berkongsi kawasan parkir secara bergilir atas dasar hormat.

Seterusnya Seni Berkawan, projek seni kolaboratif antara tiga artis tempatan berlatar belakang budaya berbeza iaitu Izzati Suza, Riynn Lee, dan Karthine Maniam yang meraikan perpaduan melalui kreativiti dan persahabatan. Dokumentari ini akan ditayangkan di saluran YouTube Astro Malaysia pada 7 Ogos 2025.

Rakyat Malaysia juga dijemput menyertai acara Hello Inilah KITA pada 23 dan 24 Ogos 2025 yang menghimpunkan penceritaan, muzik dan budaya.

Barisan selebriti seperti Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat, Uriah, Nicole Lai, Rubini, dan Sara Baskin akan memeriahkan suasana, mewakili kepelbagaian dalam industri hiburan tanah air.

Bagi peminat radio, jangan lepaskan siaran langsung KITA FM dari Putrajaya pada 31 Ogos 2025, yang menampilkan kolaborasi istimewa antara penyampai radio popular Astro Audio dari ERA, Sinar, MY FM, HITZ, dan RAAGA bersama penyampai RTM dari KL FM, Selangor FM, TraXX FM, Ai FM, dan Minnal FM.

Selepas itu, pasukan Astro Audio akan memulakan jelajah 13 negeri dari 1 September hingga hentian terakhir di Pulau Pinang pada 16 September, bersempena Hari Malaysia, menggunakan bas KITA FM Hop On Hop Off.

Dengan misi untuk mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records, KITA FM menjanjikan sambutan nasional yang meriah dan penuh suara tempatan.

Tidak ketinggalan, rakyat Malaysia akan dihiburkan dengan lagu tema kempen Inilah KITA, Sehati Bersama berjudul Bangkit Malaysia nyanyian Hael Husaini, yang bakal tersedia di semua platform penstriman tidak lama lagi.

Sebagai penutup kempen, KITA Run akan diadakan pada 25 Oktober 2025 di Serenia City Central Park, Nilai. Acara inklusif ini menawarkan larian 5KM dan 10KM, gerai karnival, serta konsert istimewa bersama artis pilihan.

Rayakan semangat Inilah KITA, Sehati Bersama bersama Astro sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini. Maklumat lanjut boleh didapati di www.astro.com.my/InilahKITA- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments