Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Taylor Swift, Travis Kelce rasmi bertunang


Oleh: SORAYA AFNAN

TAYLOR  Swift akhirnya meninggalkan semua spekulasi apabila bintang pop terkenal itu mengumumkan berita gembira, dia kini rasmi bertunang dengan kekasihnya, pemain NFL Kansas City Chiefs, Travis Kelce, selepas dua tahun bersama.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Swift, 36, menerusi hantaran di Instagram pada Selasa dengan kapsyen mencuit hati.

"Cikgu bahasa Inggeris dan cikgu pendidikan jasmani anda bakal berkahwin." tulisnya.

Pada hantaran tersebut, penyanyi itu turut memuat naik beberapa foto eksklusif yang merakam momen indah saat dilamar kekasihnya, termasuk close-up cincin berlian potongan Old Mine Brilliant rekan khas oleh Kindred Lubeck dari Artifex Fine Jewelry yang tersarung di jari manisnya.

Seperti dijangka, perkongsian itu juga langsung menarik perhatian luar biasa daripada peminat seluruh dunia. Dalam masa kurang setengah jam, nama Swift terus trending dengan ribuan peminat membanjiri ruangan komen untuk menitip ucapan tahniah serta harapan terbaik buat pasangan itu.

Trump Ucap Tahniah

Lebih mengejutkan, pemilik nama sebenar Taylor Alison Swift itu turut menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

"Saya doakan mereka berdua banyak tuah. Travis seorang pemain hebat, seorang lelaki baik, manakala Taylor pula seorang insan luar biasa," ujar Trump, yang sebelum ini sering mengkritik penyanyi tersebut.

Setakat ini, tiada tarikh rasmi diumumkan untuk majlis perkahwinan mereka. Namun peminat sudah mula membuat spekulasi tentang lokasi, dan tema majlis yang dijangka penuh glamor dan emosi.

Kisah cinta Swift dan  Kelce kini melangkah ke fasa baharu

Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta secara senyap sejak pertengahan 2023 dan mula tampil secara terbuka pada September tahun sama apabila Swift hadir menyokong Kelce dalam perlawanan Kansas City Chiefs.

Sebelum kisah cintanya bersama Kelce, Swift pernah dikaitkan dengan beberapa nama besar dunia hiburan termasuk Joe Jonas, John Mayer, Harry Styles, Calvin Harris, dan Matty Healy.  Namun kali ini, nampaknya penyanyi Love Story itu benar-benar bertemu dengan cinta sejati. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments