Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bintang Paling Popular Bollywood: Top 5 Aktor & Aktres Paling Hot 2025

Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone paling hot di Bollywood

INDUSTRI hiburan Bollywood sentiasa berkembang, tetapi ada beberapa bintang yang tetap berada di puncak populariti. Sama ada kerana bakat, aura bintang atau kisah hidup yang dekat di hati peminat, nama-nama ini kekal relevan dan menjadi bualan ramai.

Daripada Shah Rukh Khan hingga Deepika Padukone, berikut adalah barisan selebriti yang terus menguasai perhatian peminat sepanjang 2024 hingga 2025.

Top 5 Aktor Bollywood Paling Popular

1. Shah Rukh Khan
'King Khan' tidak perlu diperkenalkan lagi. Selepas lebih tiga dekad dalam industri, Shah Rukh Khan (SRK) bukan sahaja kekal relevan, malah mencipta 'comeback' terbesar dalam sejarah Bollywood. Kejayaan blockbuster berturut-turut seperti Pathaan, Jawan dan Dunki dalam tempoh setahun membuktikan bahawa beliau masih Raja Box Office India, dengan kuasa bintang yang sukar ditandingi oleh generasi baharu.

Di luar layar perak, SRK terus disayangi kerana sikapnya yang rendah hati, karisma semula jadi dan imej 'family man' yang dekat di hati masyarakat. Dia bukan sekadar pelakon, tetapi ikon budaya yang membentuk wajah Bollywood moden, dengan pengaruh yang merentasi generasi.

Pada usia lebih 50 tahun, SRK membuktikan bahawa karisma sejati tidak pernah luput ditelan zaman. Dia tetap nombor satu di hati peminat India dan global.

2. Ranbir Kapoor
Ranbir terus memikat perhatian dengan pilihan watak yang berani. Selepas kejayaan besar (dan kontroversi) Animal, dia dikenali sebagai pelakon versatil yang mampu membawa watak hero romantik mahupun karakter gelap. Peminat filem artistik menghargai keberaniannya dalam bereksperimen.

3. Salman Khan
Walaupun kariernya ada pasang surut, Salman masih memiliki 'fanbase' yang setia. Filem aksi seperti Tiger 3 dan personalitinya sebagai 'Bhaijaan' terus kuat, terutamanya dalam kalangan peminat dewasa dan penonton luar bandar.

4. Hrithik Roshan
Dalam bab aksi dan tarian, tidak ramai yang mampu menyaingi Hrithik. Dengan penampilan terkininya dalam Fighter, dia masih dikenali sebagai 'Greek God of Bollywood'. Walaupun jarang muncul di layar perak, setiap kemunculannya sentiasa dinanti-nantikan.

5. Akshay Kumar
Pelakon paling rajin dalam industri, hampir setiap tahun hadir dengan beberapa filem. Versatil dalam aksi, komedi dan filem patriotik, Akshay terus mengekalkan popularitinya berkat disiplin kerja dan imej 'family man'.



Top 5 Aktres Bollywood Paling Popular

1. Deepika Padukone
Deepika kekal sebagai 'Queen of Bollywood', mendominasi pelbagai genre dan terus mencipta impak besar dalam dan luar India. Dari aksi menerusi filem Pathaan, drama psikologi (Chhapaak), kisah epik (Padmaavat, Bajirao Mastani) hinggalah ke pentas Hollywood (XXX: Return of Xander Cage), dia membuktikan keupayaannya membawa watak utama dalam filem-filem berskala global.

Dengan karier lebih 15 tahun, Deepika bukan sekadar pelakon versatil, tetapi juga ikon budaya pop India moden. Aura superstar yang elegan, kejayaan box office serta perlantikan sebagai duta global Louis Vuitton dan Cartier mengukuhkan lagi statusnya sebagai bintang wanita paling berpengaruh Bollywood masa kini.

Terbaharu, Deepika menjadi artis India pertama menerima bintang di Hollywood Walk of Fame untuk edisi 2026, satu lagi bukti pengaruh globalnya yang sukar ditandingi.

2. Alia Bhatt
Dulu pernah dikritik kerana latar belakang keluarga dalam industri (nepotisme), tetapi Alia berjaya membuktikan bakatnya melalui filem-filem berprofil tinggi. Penyertaannya dalam filem blockbuster RRR, kemunculan di Met Gala dan perlantikan sebagai duta global Gucci menyerlahkan statusnya bukan sekadar bintang Bollywood, tetapi juga wajah yang mewakili India di pentas dunia.

Personalitinya yang ceria, merendah diri dan mudah didekati menjadikan Alia sebagai sweetheart India, manakala pencapaiannya di peringkat global mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu bintang paling disayangi peminat dalam dan luar negara.

3. Kiara Advani
Filem seperti Kabir Singh dan Satyaprem Ki Katha melonjakkan namanya dalam kalangan generasi muda. Personalitinya yang 'low-key' dan 'relatable' membuatkan ramai peminat berasa dekat dengannya.

4. Kriti Sanon
Selepas memenangi Anugerah Nasional, Kriti kini dilihat lebih daripada sekadar wajah cantik, dia diiktiraf sebagai pelakon berbakat besar. Merendah diri, versatil dan konsisten dalam menyampaikan lakonan berkualiti.

5. Rashmika Mandanna
Dari Selatan ke Bollywood, Rashmika berjaya melakukan 'crossover' dengan penuh gaya. Personaliti 'fun' dan 'approachable', ditambah kejayaan dalam Animal dan Pushpa 2, menjadikan dia antara pelakon wanita paling popular masa kini.

Kenapa Aktor Lelaki Masih Didominasi Nama Era 2000-an?

Berbeza dengan senarai pelakon wanita yang semakin dikuasai wajah generasi baharu, senarai pelakon lelaki Bollywood masih didominasi nama-nama besar era 2000-an seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Hrithik Roshan.

Fenomena ini berlaku kerana aktor generasi terdahulu bukan sahaja memiliki rekod box office yang kukuh, tetapi juga membina 'fanbase' yang setia merentasi generasi. Mereka bukan sekadar pelakon, tetapi ikon budaya pop India yang pengaruhnya masih belum dapat disaingi aktor muda.

Walaupun bintang seperti Ranbir Kapoor, Ranveer Singh dan Vicky Kaushal semakin mendapat perhatian, belum ada lagi pelapis lelaki yang benar-benar mampu mencabar dominasi 'King Generation' ini dari segi kuasa bintang dan capaian seluruh India.

Sebaliknya, pelakon wanita menunjukkan perkembangan lebih dinamik dengan kehadiran generasi baharu seperti Alia Bhatt, Kiara Advani dan Rashmika Mandanna yang cepat meraih perhatian peminat generasi muda dan pasaran global.

Populariti Sentiasa Berubah, Aura Tetap Kekal

Dalam industri hiburan India yang sentiasa dinamik, populariti boleh berubah mengikut masa. Namun bintang-bintang ini berjaya mengekalkan relevansi mereka. Ada yang menyerlah melalui bakat, ada yang bijak memilih naskhah, dan ada juga kerana aura peribadi yang sukar diganti.

Tahun hadapan mungkin menyaksikan kemunculan nama-nama baharu, tetapi buat masa ini, inilah barisan Bollywood yang paling hangat diperkatakan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments