KEINDAHAN alam dan kuasa sains kini bertemu dalam satu kapsul menerusi FernGlow, suplemen harian oral terbaharu daripada Kordel’s Malaysia.
Diperkenalkan secara eksklusif di Watsons, FernGlow bukan sekadar suplemen kecantikan biasa tetapi ia merupakan perlindungan UV seluruh badan dalam bentuk kapsul, sambil membantu menyerlahkan seri kulit secara semula jadi, dari dalam.
Lebih daripada sekadar produk kecantikan, FernGlow dilihat sebagai langkah revolusioner dalam dunia wellness. Dengan konsep 'sun care in a capsule', ia memberi perlindungan menyeluruh terhadap sinaran UV dan pada masa sama menyokong kesihatan kulit secara holistik, sesuai untuk gaya hidup moden yang sibuk tetapi tetap mementingkan penjagaan diri.
Pelancaran ini turut menjadi satu detik penting bagi Kordel’s dalam misi berterusan mereka untuk menawarkan solusi berasaskan sains yang inovatif dan mudah diakses.
FernGlow menjawab keperluan pengguna hari ini yang semakin cenderung memilih produk yang praktikal, terbukti secara klinikal, dan memberi kesan menyeluruh dari dalam ke luar.
Menurut Pengurus Unit Perniagaan Kordel’s Malaysia, Jeremy Se, di Kordel’s, pihaknya percaya bahawa kesejahteraan sebenar bermula dari dalam.
"FernGlow bukan sekadar suplemen, tetapi solusi harian untuk melindungi dan menyuburkan kulit tanpa kompromi. Kami bangga menjadi peneraju dalam menggabungkan kesihatan, kecantikan dan gaya hidup dalam satu rutin mudah setiap hari,” ujarnya.
Sebagai rakan eksklusif pelancaran, Watsons Malaysia melihat kerjasama ini sebagai satu langkah strategik dalam membawa lebih banyak solusi holistic beauty kepada pengguna tempatan.
Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan COO, Health and Beauty Asia (A.S. Watson Group), Kata Caryn Loh, berkata, pihaknya sentiasa mencari penyelesaian inovatif yang memberi impak lebih mendalam.
"Kerjasama eksklusif bersama Kordel’s untuk pelancaran FernGlow mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan produk kecantikan dan kesihatan yang berasaskan sains dan sejajar dengan keperluan pengguna moden.
"FernGlow bukan sekadar suplemen, ia cara berfikir baharu tentang penjagaan kulit, yang bermula dari dalam,” katanya.
Bagi meraikan pelancaran FernGlow, Kordel’s turut menganjurkan sebuah acara media eksklusif di Arena Watsons. Tetamu yang hadir dibawa menyelami masa depan perlindungan matahari dalaman menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan edukatif.
Acara tersebut menampilkan sesi diskusi bersama pakar estetik dan wakil jenama Kordel’s, membincangkan peranan penting suplemen oral dalam melindungi kulit secara menyeluruh dan melengkapi penggunaan pelindung matahari luaran.
Tetamu juga berpeluang menjalani analisis kulit serta imbasan kamera UV untuk menyaksikan sendiri kesan tersembunyi pendedahan sinaran matahari, sekali gus memperkukuh mesej penting tentang perlindungan dari dalam.
Dengan gabungan naratif menarik, perkongsian pakar dan pengalaman mendidik yang menyeluruh, pelancaran ini berjaya mengukuhkan kedudukan Kordel’s sebagai perintis dalam bidang integrative health sejak 1949 dengan cara yang mudah dan relevan untuk semua.
Kini, FernGlow boleh didapati secara eksklusif di semua stor Watsons seluruh negara dan secara dalam talian di www.watsons.com.my . Lindungi kulit anda hari ini dan tampil berseri dari dalam. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments