Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Marshall Kilburn III Mendarat di Malaysia — Bateri 50 Jam, Bunyi 360°, Gaya Rock’n’Roll Kekal Padu


MODEL terbaharu dalam barisan pembesar suara mudah alih Marshall, Kilburn III kini rasmi tiba di Malaysia, dengan binaan yang dinaik taraf dan ciri audio lebih mantap.

Dengan
masa main lebih 50 jam, Kilburn III direka untuk bertahan sepanjang hujung minggu tanpa perlu dicas semula. Ia turut menampilkan True Stereophonic 360°, iaitu sistem bunyi sekeliling yang memberikan pengalaman dengar seimbang tanpa ‘blind spot’, tidak kira di mana anda berdiri.

Seperti biasa, Marshall kekalkan DNA asal mereka iaitu bunyi kuat, tapi tetap jaga kualiti. Kilburn III gabungkan bass, mid dan treble secara harmoni pada apa jua tahap volume, sesuai untuk anda yang gemar dengar muzik pada volume tinggi tanpa kompromi pada kualiti bunyi.

Dari segi rupa, tidak perlu risau kerana vibe rock’n’roll klasik Marshall masih utuh. Dengan tombol kawalan bertekstur dan tali pembawa berlapik baldu (yang boleh ditanggalkan dan dipasang balik dengan butang ala tali gitar), speaker ini memang nampak 'cool' walau duduk diam atas rak buku.

Ringkas, rugged, dan senang dialih

Kilburn III bebas dari kabel serabut dan boleh digunakan di mana-mana, dari ruang tamu ke balkoni, atau malah dalam bilik air. Nak bawa ke luar pun tak masalah kerana ia datang dengan penarafan IP54, jadi tahan percikan air dan debu ringan.

Menurut Pengurus Produk Pembesar Suara dari Marshall Group, Hanna Wallner, Kilburn III adalah evolusi besar berbanding Kilburn II.

"Kami ubah suai reka bentuk akustik, tambah baik fungsi, dan panjangkan jangka hayat bateri kepada lebih 50 jam,” katanya.

Kilburn III juga
disertakan sambungan Bluetooth terkini, serta kawalan bunyi fizikal yang boleh dilaras dengan mudah dan tak perlu buka aplikasi pun. Semua dalam rekaan padat dan praktikal yang masih mengekalkan gaya Marshall.

Ciri-Ciri
Menarik Marshall Kilburn III

  • Bateri tahan sampai 50 jam
    Pembesar suara untuk dalam dan luar rumah anda. Mulakan lagu pertama di bilik tidur anda dan nikmati penutupnya di balkoni. Dengan masa main 50+ jam, kemungkinan senarai main anda akan tamat sebelum bateri.

  • True Stereophonic — vibe sampai ke semua penjuru
    Bunyi 360° yang menakjubkan tanpa ‘blind spot’. Rasai mid yang seimbang, high yang tajam, dan bass yang mantap dengan penalaan dipertingkat dan pemandu jalur lebar.

  • Kalis habuk dan air (IP54)
    Rekaan IP54 memastikan Kilburn III tahan percikan air dan debu. Sesuai untuk ruang santai atau party kecil. Kalau tertumpah air sikit, no problem.

  • Dynamic loudness
    Naikkan bunyi lagu tanpa mengorbankan perincian muzik. Rekaan Kilburn III memastikan bass, mid, dan treble akan dilaras sempurna pada apa jua tahap kelantangan.

  • Tombol kawalan bertekstur
    Sesuaikan bass dan treble, hidupkan atau matikan pembesar suara, main, jeda, langkau trek, atau gunakan M-button untuk akses segera ke preset kegemaran anda.

  • Bank Pengecas
    Selain memainkan muzik, Kilburn III juga boleh mengecas telefon anda bila-bila masa anda perlukannya. Hanya sambungkan dan biarkan pembesar suara ini melakukan tugasnya.


Kilburn III
ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Black & Brass dan Cream. Jika anda sedang cari speaker bergaya, tahan lama dan bunyinya padu dari semua sudut, ini dia.

Dengan
kombinasi ketahanan bateri, kualiti audio premium dan reka bentuk ikonik, Kilburn III kekal sebagai pilihan solid untuk peminat muzik yang mahukan gaya dan prestasi dalam satu pakej.

Marshall Kilburn III
boleh didapati di semua pengedar rasmi Marshall Malaysia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments