| Seafood feast, Abrolhos Islands | KREDIT FOTO: www.westernaustralia.com |
BAGI foodies dan pengembara Malaysia yang suka mencuba pengalaman baharu, Western Australia menjemput anda menyelami pesona pantai yang penuh dengan rasa.
Dari lobster segar yang ditangkap terus dari lautan hingga bufet makanan laut panjang yang menawarkan panorama hingga ke ufuk, setiap hidangan di sini terasa seperti sambutan penuh kemeriahan laut.
Hanya beberapa jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dunia kulinari Western Australia terbentuk daripada perairan yang bersih, hasil laut bertaraf dunia, dan gaya hidup pesisir yang santai. Sesuatu yang akan terasa familiar bagi pengunjung Malaysia, namun tetap menampilkan keunikan tersendiri.
Para chef dan pengusaha tempatan di kawasan ini bangga mempersembahkan hidangan yang menonjolkan 'kekayaan' semula jadi Lautan Hindi.
Dari bandar kanal yang tenang hingga pulau terpencil yang menakjubkan, setiap pengalaman bersantap di pesisir Western Australia menawarkan rasa pengembaraan yang tidak akan dilupakan.
Mandurah – Syurga Pencinta Seafood
Hanya sejam ke selatan Perth, Mandurah merupakan bandar kanal yang menawan di mana air yang berkilau bertemu dengan makanan laut bertaraf dunia.
Permata pesisir ini kini menempatkan ‘Sunset and Seafood Cruise’ terbaharu dari Sea West, satu pengembaraan kulinari selama dua setengah jam yang menggabungkan keindahan matahari terbenam Mandurah dengan hidangan lima kursus yang disediakan oleh chef peribadi di atas kapal.
Semasa meluncur di sepanjang estuari yang tenang, tetamu boleh menikmati makanan laut tempatan yang baru ditangkap. Bagi mereka yang ingin pengalaman lebih hands-on, Wild Seafood Experience membawa anda dalam pengembaraan ocean-to-plate yang mewah. Cuba tangkap sendiri Western Rock Lobster sebelum duduk menikmati bufet seafood lapan kursus yang dipadankan dengan wain Margaret River yang memenangi anugerah.
Semasa menjamu selera, lumba-lumba sering muncul, menari riang di belakang bot, pengalaman yang sungguh menghidupkan inti pati Western Australia: segar, bebas, dan penuh kehidupan.
Perth & Geraldton – Pusat Makanan Laut dan Pengalaman Unik
Di tengah-tengah South Fremantle, Madalena’s Bar menampilkan gaya hidup pesisir Perth dalam satu lokasi yang memikat. Tempat ini terkenal dengan octopus segar Fremantle dan hidangan makanan laut bermusim, semuanya dinikmati hanya beberapa langkah dari pantai.
Dengan angin laut menyapa dan sepiring octopus lembut di depan mata, ini adalah lokasi sempurna untuk menenangkan diri sambil merasai ritma budaya kulinari santai Western Australia.
Bagi pengunjung Malaysia yang mencari pengalaman kulinari lebih mendalam, Geraldton menawarkan Eco Abrolhos Cruise selama beberapa hari. Perjalanan ini membawa anda melalui kepulauan Abrolhos yang menakjubkan, di mana lagun berkarang dan terumbu warna-warni menjadi latar untuk pengalaman gourmet sebenar. Setiap hari, makanan laut segar seperti snapper dan crayfish disediakan di atas kapal.
Antara waktu makan, jelajahi pantai yang belum disentuh, snorkel bersama ikan tropika, atau sekadar bersantai sambil matahari tenggelam di ufuk lautan.
Gourmet Coastline: Paduan Rasa dan Pengembaraan
Pesisir Western Australia adalah tempat di mana rasa bertemu pengembaraan. Dari pelabuhan yang sibuk hingga pulau yang tenang, setiap pengalaman menjamu selera meraikan hubungan mendalam antara masyarakat setempat, hasil laut dan gaya hidup pesisir.
Bagi rakyat Malaysia yang menghargai makanan enak, sambutan mesra, dan sedikit elemen penemuan, kawasan ini pasti memberikan kesan yang mendalam.
Sepanjang Gourmet Coastline ini, setiap hidangan bercerita daripada menebar perangkap lobster di Mandurah, mencuba octopus segar di Fremantle, hingga menikmati makanan laut di bawah bintang di kepulauan Abrolhos.
Sama ada menjamu selera dengan hasil tangkapan hari itu atau menikmati panorama laut, Western Australia menjemput anda datang dengan perut lapar dan meninggalkan pengalaman penuh inspirasi. Rancang percutian gourmet anda hari ini dan temui lebih banyak di www.westernaustralia.com/my . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments