Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MR D.I.Y. Sambut 20 Tahun Dengan Konsert Mega Bersama Bintang Di Stadium Merdeka

Konsert yang bakal berlangsung pada 11 Julai di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ini merupakan sambutan ulang tahun ke-20 MR D.I.Y., meraikan warga kerja, pelanggan dan rakan kongsi | KREDIT FOTO: MR D.I.Y

SEMPENA ulang tahun ke-20 yang diraikan Julai ini, MR D.I.Y. bakal menganjurkan sebuah konsert mega istimewa pada 11 Julai di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Acara berskala besar ini bukan sekadar meraikan kejayaan syarikat sepanjang dua dekad, tetapi juga sebagai penghargaan kepada para pekerja, pelanggan setia dan rakan kongsi yang telah menjadi tulang belakang MR D.I.Y. sejak penubuhannya.

Selama dua dekad, MR D.I.Y. telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia. Bermula pada 2005 sebagai sebuah kedai perkakasan kecil di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, jenama ini berkembang pesat sehingga menjadi salah satu ikon runcit utama negara.

Hari ini, MR D.I.Y. beroperasi di lebih 1,400 lokasi di seluruh negara, dari bandar utama hingga ke pekan kecil, dan terus dipercayai ramai dengan janji harga rendahnya yang konsisten menerusi slogan 'Always Low Prices’.

Konsert ulang tahun kali ini akan menyaksikan barisan artis legenda dan popular tanah air bergabung di satu pentas. Antara nama besar yang bakal menghiburkan ribuan penonton termasuklah Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ella, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Penny Tai, Jeryl Lee dan trio pop dinamik, 3P.

Gabungan ikon rock dan penyanyi pop ini pastinya menjanjikan malam yang penuh dengan nostalgia, semangat dan hiburan bertaraf dunia.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, selama dua dekad, MR D.I.Y. bukan sahaja berfungsi sebagai peruncit, tetapi turut memainkan peranan dalam membina komuniti, memperkasakan pekerja serta membuat pilihan lebih baik demi masa depan yang lebih hijau dan mampan.

“Sempena ulang tahun yang ke-20 ini, kami bukan hanya mahu menoleh ke belakang untuk mengimbas perjalanan lalu, tetapi lebih penting, kami mahu melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan menuju masa depan yang lebih cerah.

"Konsert ini adalah salah satu cara kami menghargai dan berterima kasih kepada mereka yang telah berkembang bersama kami selama ini,” katanya.

Lebih menarik, persembahan malam tersebut akan dimeriahkan dengan pertunjukan cahaya laser, bunga api, aktiviti interaktif seperti permainan atas talian, photo booth serta makanan dan minuman daripada jenama popular.

Penonton yang hadir juga berpeluang membawa pulang hadiah istimewa menerusi sesi cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 20 unit jongkong emas 5g kepada pemenang bertuah.

Tiket konsert percuma telah diberikan kepada pelanggan yang berbelanja di cawangan-cawangan MR D.I.Y. pada 31 Mei dan 14–15 Jun 2025.

Promos Besar-Besaran

Selain konsert, MR D.I.Y. turut melancarkan pelbagai promosi sempena sambutan ulang tahun ke-20 ini. Sepanjang bulan Julai, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus ke atas lebih 130 barangan keperluan rumah serta makanan dan minuman di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, syarikat turut mengadakan peraduan khas tujuh hari ‘Scratch & Win’ yang berlangsung dari 25 hingga 31 Julai 2025. Pelanggan berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM2 juta, termasuk jongkong emas 10g, beg tangan Louis Vuitton, telefon pintar iPhone 16, robot AI dan baucar tunai bernilai RM1,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai Konsert Ulang Tahun Ke-20 MR D.I.Y. dan promosi lain yang sedang berlangsung, orang ramai boleh melayari laman web rasmi syarikat di www.mrdiy.com/concert2025- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments