Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Francais Seram Paling Laris Dunia Kembali - 'The Conjuring: Last Rites Kini' di HBO Max


NEW Line Cinema melalui Warner Bros. Pictures membawa The Conjuring: Last Rites ke platform global apabila filem ini memulakan tayangan penstriman eksklusif di HBO Max bermula Jumaat, 21 November.

Filem ini menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada gabungan nama besar dan wajah baharu, termasuk Vera Farmiga, Patrick Wilson, Mia Tomlinson, Ben Hardy, Tony Spera, Steve Coulter, Rebecca Calder, Elliot Cowan, Beau Gadsdon, Kíla Lord Cassidy, John Brotherton dan Shannon Kook.

Pada tayangan pawagam September lalu, The Conjuring: Last Rites mencipta sejarah apabila memecahkan rekod pembukaan global untuk filem seram, sekali gus mengukuhkan kedudukan naskhah itu sebagai francais seram dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Filem terbaharu ini meneruskan bab seterusnya dalam Conjuring Cinematic Universe, sebuah dunia seram ikonik yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar.

Vera Farmiga dan Patrick Wilson kembali bersatu untuk satu kes terakhir sebagai penyiasat paranormal terkenal, Ed dan Lorraine Warren, watak berdasarkan figura sebenar yang sudah sinonim dengan francais ini.

Kali ini, misteri yang mereka hadapi menyentuh inti misi mereka dan mengancam nadi keluarga Warren sendiri iaitu anak mereka, Judy.

Antara babak menarik dalam The Conjuring: Last Rites | FOTO: HBO Max

The Conjuring: Last Rites diarahkan oleh pengarah francais, Michael Chaves, dengan skrip oleh Ian Goldberg & Richard Naing serta David Leslie Johnson-McGoldrick, berdasarkan kisah asal oleh Johnson-McGoldrick dan James Wan.

Watak-watak filem ini diadaptasi daripada ciptaan Chad Hayes & Carey W. Hayes dan ia diterbitkan oleh James Wan dan Peter Safran.

Untuk peminat yang ingin mengimbas kembali perjalanan francais ini, judul-judul terdahulu dari The Conjuring Universe turut tersedia di HBO Max. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments