Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM


PELAKON dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz, kini rasmi menamatkan tugasnya di  Suria FM pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi daripada setesen radio tersebut yang turut merakamkan penghargaan atas khidmat dan sumbangan Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin sepanjang satu tahun setengah mengendalikan segmen Morning Morning Suria.

"Sepanjang satu tahun setengah bersama Suria FM, Fizz Fairuz telah memainkan peranan penting dalam menceriakan hari-hari para pendengar.

"Dia merupakan antara penyampai yang berbakat besar dan mempunyai hubungan baik dengan pendengar. Sepanjang bersama Suria, Fizz telah menunjukkan profesionalisme dan semangat kerja yang tinggi," ujar kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, pihak Suria turut merakamkan capan terima kasih atas komitmennya selama bersama stesen tersebut.

"Kami di Suria FM amat menghargai segala sumbangan dan usaha yang telah dicurahkan oleh Tok Fizz sepanjang tempoh perkhidmatannya.

"Jutaan terima kasih kepada Fizz dan mengharapkan kejayaan berterusan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Selamat maju jaya, Tok Fizz, terima kasih atas kenangan indah bersama Suria FM," katanya.

Fizz menyertai Suria FM sebagai penyampai Suria pada awal 2024 sebagai penyampai segmen pagi, bergandingan bersama Ajak dan Suraya dalam slot yang mendapat sambutan hangat daripada pendengar. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments