Oleh: AILEEN ADAM
KONSERT Blackpink Deadline World Tour yang berlangsung di SoFi Stadium, Los Angeles, Amerika Syarikat hujung minggu lalu, bukan sekadar persembahan biasa. Ia menjadi bualan hangat global kerana penuh dengan elemen kejutan, teknologi pentas yang futuristik, dan momen emosional yang mencipta memori tak terlupakan buat lebih 100,000 penonton.
Daripada penampilan mengejut Bruno Mars hingga ke detik spontan yang menjadi tular, ini 12 momen paling ikonik yang menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat dan netizen.
1. Bruno Mars Muncul di Pentas Bersama Rosé
Ketika Rosé menyampaikan lagu
APT. dalam segmen solonya, peminat dikejutkan dengan kemunculan Bruno Mars secara langsung di pentas. Ini merupakan persembahan 'live' pertama mereka sejak lagu itu dirilis. Kedua-duanya mengenakan jaket metalik sedondon dan tampil dengan persembahan penuh aura dan 'chesmistry' sehingga menggamatkan seluruh stadium. Momen ikonik yang benar-benar tidak dijangka.
2. Jennie ‘Flash’ Moment di Tengah Persembahan
Jennie mengejutkan penonton pada segmen pentas solonya ketika memulakan persembahan untuk lagu
Like Jennie apabila secara spontan membuka separuh zip jumpsut merahnya dan mempamerkan sekilas pakaian dalam custom tertera namanya yang juga merupakan jenama miliknya sendiri sebagai bentuk promosi. Pakaian dalam tersebut merupakan salah satu item yang dijual secara rasmi menerusi laman web Jennie. Aksi penuh yakin itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang memuji keberaniannya, tidak kurang juga yang menganggap sebagai kontroversi.
3. Lisa Kejutkan Peminat Dengan Koreografi 'Panas'
Ketika menyampaikan lagu
FUTW pada segmen solonya, Lisa tampil dengan koreografi baharu yang lebih berani bersama penari latar wanita. Antara gerakan yang tular ialah aksi berbaring saling bertindih yang dianggap mengghairahkan dan mencabar norma persembahan idol. Netizen menganggap aksi tersebut sebagai keterlaluan sehingga mencetuskan perdebatan hangat dan trending di media sosial.
4. Siulan Jisoo Tidak Menjadi
Jisoo mencetuskan momen lucu apabila cubaannya untuk membuat siulan ikonik intro lagu
Whistle tidak menjadi seperti kebiasaannya. Bukan sahaja penonton, malah ahli kumpulannya turut ketawa kecil melihat insiden tersebut dan menjadikan ia salah satu momen paling tulen dan lucu malam itu.
5. Insiden Platform Hydraulic Turun Mengejut
Ketika asyik menyampaikan lagu
Shutdown pada malam pertama konsert, Lisa dan dua penari latar hampir tergelincir apabila platform hydraulic tempat mereka berdiri tiba-tiba turun secara mengejut tanpa amaran disebabkan isu teknikal. Mujur mereka menyedari situasi itu dan pantas bergerak ke posisi selamat. Insiden ini menimbulkan kebimbangan peminat, apatah lagi isu serupa baru sahaja berlaku pada konsert BabyMonsters baru-baru ini.
6. Jennie Dikecam Gara-Gara Berhenti Menari
Jennie kembali jadi sasaran netizen selepas dia dilihat berhenti menari seketika semasa persembahan
Ddu-Du Ddu-Du untuk membetulkan 'in-ear monitor' pack yang bermasalah. Walaupun jelas dia mengalami masalah teknikal, klip tersebut menjadi tular dan mencetuskan semula tuduhan 'pemalas' terhadap Jennie, mencerminkan betapa selebriti sentiasa diadili walau dalam situasi yang tidak dijangka.
7. Aksi Random Rosé Makan Fries Dalam Perjalanan Ke Pentas
Aksi random Rosé mencetuskan momen lucu apabila dia masih sempat makan kentang goreng dan minum air tanpa ragu ketika berada atas troli khas yang membawanya ke pentas untuk melakukan persembahan bagi segmen solo. Aksi bersahaja itu membuatkan ramai BLINK terhibur dan menyifatkan Rosé sebagai 'selamba tapi classy'.
8. Bruno Buat Lawak Tentang Hutang
Selepas tampil membuat persembahan, 'Oppa' Bruno sempat bergurau di ruangan komen Instagram Rosé tentang 'hutang'. Katanya, dia hampir bebas hutang lepas berkolaborasi dengan Blackpink. Gurauan itu merujuk kepada gosip lama yang pernah mengaitkan dirinya dengan isu kewangan. Lebih lucu, Rosé membalas dengan bersahaja, 'sama-sama'.
9. Lantai LED & Konfeti Mesra Alam
SoFi Stadium menjadi medan futuristik apabila lantai pentas dilengkapi LED interaktif yang bertindak balas mengikut pergerakan penari. Malah, penggunaan konfeti biodegradable menyerlahkan komitmen Blackpink terhadap pementasan yang lebih mesra alam, tanpa mengorbankan elemen visual yang menakjubkan.
10. Pop-Up Blackpink Serbu Hollywood
Menjelang konsert, peminat disajikan dengan pengalaman immersive menerusi pop-up store dan aktiviti interaktif di Hollywood Palladium dari 11 hingga 13 Julai. Ruang itu dihias penuh dekorasi merah jambu ikonik dan menawarkan barangan eksklusif yang hanya boleh didapati di sana. Ketika konsert, Stadium SoFi bertka menjadi lautan lightstick merah jambu, dan sorakan peminat jelas menunjukkan betapa rindu mereka kepada kumpulan ini.
11. RM & SUGA BTS Hadir Sebagai Penonton
Dua ahli BTS iaitu RM dan SUGA, turut dilihat hadir sebagai penonton VIP pada malam kedua. Kehadiran mereka mengejutkan ramai peminat, dan menjadi simbolik indah tentang semangat saling menyokong antara dua kumpulan legenda K-pop generasi kini.
12. Blackpink Pecah Rekod di SoFi Stadium
Dengan kehadiran melebihi 100,000 penonton untuk dua malam persembahan, Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa itu mencipta sejarah sebagai kumpulan wanita pertama yang berjaya menjual habis tiket konsert pada dua malam berturut-turut di SoFi Stadium. Satu pencapaian luar biasa dalam sejarah K-pop di Amerika Syarikat.
Daripada kemunculan mengejut Bruno Mars hingga ke vibe persahabatan sejati sesama idol, Blackpink Deadline World Tour di SoFi Stadium bukan sekadar konsert, ia adalah bukti mengapa Blackpink terus mencipta legasi global. Momen-momen ini akan terus hidup dalam ingatan peminat, lama selepas lampu stadium padam.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments