Antara babak menarik lakonan Ezzaty Abdullah sebagai Nadhirah dalam Rengkuh | FOTO: RTM |
MASIH lagi dalam suasana sambutan Hari Raya Aidiladha, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneruskan tradisi menampilkan karya bermakna dengan telefilem khas berjudul Rengkuh, terbitan Unit Drama TV RTM.
Telefilem menyentuh emosi ini diarahkan oleh Danny Alamsyah dan mengetengahkan nilai pengorbanan dalam konteks kekeluargaan. Bukan sekadar pada zahir, tetapi juga pada jiwa dan perasaan.
Menurut Danny, judul Rengkuh dipilih kerana ia membawa simbol mengikat nilai kasih sayang dalam keluarga. Ia berfungsi sebagai metafora kepada ikatan emosional dan spiritual yang menjadi tunjang naratif drama ini.
“Dalam sesebuah keluarga, ada pelbagai ragam dan personaliti. ‘Rengkuh’ saya anggap sebagai simbolik kepada kekuatan kasih sayang yang menyatukan semua itu,” jelasnya.
Rengkuh mengisahkan perjalanan dua beradik, Nadhiyar dan Nadirah yang saling melindungi sejak kecil. Namun, sebuah kemalangan tragis yang menimpa Nadhiyar mencetuskan pelbagai konflik yang akhirnya menguji keutuhan keluarga mereka.
Walaupun membawa tema berat, Danny menjelaskan bahawa cerita ini ditulis dengan gaya penceritaan yang ringan dan mudah dihayati oleh semua peringkat penonton.
Pendekatan visualnya pula disusun dengan sinematografi lembut yang menggambarkan suasana desa yang mendamaikan, seiring dengan emosi halus yang dibawa watak-watak utamanya.
Menampilkan barisan pelakon seperti Aidil Aziz, Ezzaty Abdullah, Azizah Mahzan, Ruzaidi, dan Azman Hassan, Rengkuh bakal disiarkan pada 14 Jun ini, jam 9 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan RTMKlik. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:
0 Comments