Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Addison Rae lancar album debut 'Addison' bersama video muzik emosional, Times Like These


POP superstar, penyanyi, pelakon dan ikon budaya, Addison Rae akhirnya melancarkan album debut yang dinanti-nantikan berjudul Addison di bawah label Columbia Records.

Album ini kini boleh didapati secara digital serta dalam pelbagai format fizikal menarik, termasuk piring hitam warna hitam, edisi terhad biru muda, jingga, eksklusif magenta khas Urban Outfitters dan juga CD box set lengkap bersama t-shirt eksklusif untuk para peminat tegar.

Bersempena pelancaran album itu, Addison turut memperkenalkan video muzik (MV) terbaharunya untuk lagu Times Like These, sebuah visual yang memancarkan emosi, keanggunan dan jiwa seni.

MV ini diarahkan oleh jurugambar tersohor Ethan James Green, yang juga bertanggungjawab menghasilkan foto kulit album dan kini membuat debut pengarahannya dalam dunia muzik.

Konsep video ini diterajui secara kreatif oleh Addison sendiri bersama Lexee Smith, dengan sentuhan glam daripada pasukan tetap Addison seperti Dame Pat McGrath dan Jenna Kuchera (solekan), Lucas Wilson (rambut) dan Mei (kuku).

Dirakam di pelbagai lokasi sekitar New York City, MV ini menyatukan suasana santai dan emosional, daripada babak atas bot hingga ke belakang pentas dan akhirnya ke koreografi bertenaga yang menjadi tanda gaya Addison.

Peminat sudah lama menantikan kemunculan projek penuh Addison Rae sejak kejayaan besar single sulungnya, Diet Pepsi, yang dilancarkan pada Ogos 2024. Lagu pop musim panas itu bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah menjadi entri pertamanya dalam carta Billboard Hot 100.

Momentum diteruskan dengan single memukau seperti Aquamarine dan High Fashion, yang turut memperlihatkan pengaruh besar Addison dalam dunia fesyen menerusi kolaborasi bersama nama-nama seperti Dara Allen, Mel Ottenberg, Mitch Ryan dan Dame Pat McGrath.

Beberapa lagi single seperti Headphones On yang pernah disebut Harper’s Bazaar sebagai sebahagian daripada rentetan lagu hit, serta Fame Is A Gun, mengukuhkan lagi status Addison sebagai salah satu suara baharu paling menonjol dalam arena pop masa kini.

Kesemua lagu dalam album Addison diterbitkan sepenuhnya oleh Luka Kloser dan Elvira Anderfjärd, dengan lirik yang ditulis sendiri oleh Addison bersama dua penerbit tersebut. Penulis tambahan Tove Burman turut menyumbang untuk lagu Headphones On.

Album ini menampilkan 12 buah lagu keseluruhan yang terdiri daripada New York, Diet Pepsi, Money Is Everything, Aquamarine, Lost & Found, High Fashion, Summer Forever, In The Rain, Fame Is A Gun, Times Like These, Life’s No Fun Through Clear Waters dan Headphones On.


Media dan pengkritik sudah mula memberikan pujian kepada Addison, dengan The New York Times menyifatkan ia sebagai salah satu rilisan pop paling menonjol tahun ini, selain memuji vokal Addison.

Rolling Stone pula memuji lagu-lagu dalam album ini sebagai karya pop yang hipnotik, penuh rentak memukau dan visual yang terang, serta mengagumi kemampuan Addison mengajak pendengar menari dengan gaya santai dan penuh keseronokan tanpa terlalu mengambil dirinya serius.

Sebagai seorang penghibur, Addison telah mencipta momen pentas yang mengesankan sepanjang tahun lalu. Antaranya termasuk penampilan mengejut dalam konsert Charli XCX di Los Angeles untuk BRAT Tour, serta persembahan bersama Charli dan Troye Sivan di Madison Square Garden dalam konsert SWEAT Tour.

Dia turut mencuri perhatian dengan dua penampilan mengejut di Coachella, termasuk persembahan bersama Arca untuk versi baharu lagu Aquamarine dan kemunculan semula bersama Charli XCX bagi versi remix Von Dutch yang tular dan lengkap dengan jeritan ikonik Addison.

Terbaru Addison membawa seluruh pengalaman album Addison ke pentas buat kali pertama di venue legenda New York, The Box dan memukau para peminat dan penggiat industri dengan persembahan penuh karisma dan tenaga.

Sebelum pelancaran rasmi, Addison memperkenalkan senarai lagu album ini satu persatu menerusi papan iklan di beberapa bandar seluruh dunia, satu strategi unik yang menambah keterujaan sebelum tracklist lengkap dikongsi di akaun media sosialnya.

Album Addison menandakan permulaan baharu bagi Addison Rae sebagai artis pop yang penuh potensi. Dengan gabungan muzik yang menarik dan keperibadian asli, dia kini semakin kukuh sebagai bintang yang wajib diperhati dalam industri muzik. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments