Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jimin, Jungkook tamat khidmat tentera, BTS semakin hampir bersatu semula

Jungkook (kiri) dan Jimin bertemu media dan peminat sejurus selepas tamat menjalani 18 bulan khidmat ketenteraan wajib di Korea Selatan pada Rabu

Oleh: AILEEN ADAM

DUA lagi anggota kumpulan K-pop sensasi BTS, Jungkook dan Jimin, secara rasmi menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajib di Seoul, Korea Selatan pada Rabu.

Mereka merupakan anggota kelima dan keenam BTS yang telah menyempurnakan khidmat ketenteraan wajib yang disertai sejak 18 bulan lalu sekali gus menandakan penyatuan semula kumpulan tersebut akan berlaku dalam masa terdekat.

Lebih 1,000 peminat, termasuk dari luar negara, berkumpul berhampiran sebuah pangkalan tentera di daerah Yeoncheon, utara Korea Selatan bagi menyambut kepulangan mereka. Suasana menjadi gamat dan meriah dengan sepanduk, bunga serta belon yang dibawa peminat sebagai tanda sokongan.

Jimin dalam ucapannya berkata, dia dan BTS berterima kasih kepada peminat yang setia menunggu kepulangan mereka dalam industri seni.

“Sudah agak lama, daripada waktu Covid-19 hinggalah kami menjalani khidmat ketenteraan, dan saya amat berterima kasih kepada peminat yang telah menunggu kami.

“Kini setelah kami menamatkan perkhidmatan ketenteraan, saya percaya kami boleh terus membayangkan masa depan yang telah lama kami impikan bersama,” katanya.

Jungkook dan Jimin menjadi anggota kelima dan keenam BTS yang rasmi menamatkan khidmat tentera.

Senada dengan Jimin, Jungkook juga meluahkan rasa terharu terhadap sambutan hangat peminat.

“Sekarang kami telah selesai menjalani khidmat, inilah masanya untuk teruskan impian yang pernah kami lukiskan bersama. Kami akan kembali dengan versi yang lebih baik,” katanya penuh semangat.

Kedua-duanya juga mengakui bahawa kehidupan mereka sbagai tentera bukan sesuatu yang mudah. Namun ia menjadi satu pengalaman berharga dalam hidup mereka.

“Saya harap, selepas alami sendiri kehidupan sebagai tentera, semua orang akan lebih menghargai pengorbanan mereka. Satu ucapan ringkas pun boleh beri makna besar kepada mereka,” tambah Jungkook dan Jimin.

Sehari sebelumnya, RM dan V turut menamatkan perkhidmatan mereka secara rasmi. Kini, hanya tinggal Suga, yang dijangka akan menamatkan khidmatnya pada 21 Jun ini, sebelum BTS kembali lengkap sebagai satu kumpulan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments