Oleh: SORAYA AFNAN
MET GALA 2025 berlangsung dengan penuh kehangatan dan kemeriahan di Metropolitan Museum of Art, New York, Amerika Syarikat pada Isnin lalu.
Acara fesyen mewah dan palng berprestij ini mencatatkan momen ikonik dalam dunia fesyen dengan tema 'Superfine: Tailoring Black Style', satu penghormatan kepada warisan, identiti dan seni jahitan yang menjulang budaya komuniti kulit hitam.
Barisan selebriti terkenal dan berpengaruh dunia tampil memperagakan pelbagai fesyen unggul daripada pereka tersohor dan rumah fesyen terkemuka.
Di acara karpet merah, kita dapat lihat bagaimana setiap 'look' menjadi naratif visual, memadukan sejarah, elegan dan 'bold tailoring' yang begitu memukau.
Daripada 'iconic cuts' ke 'cutting-edge designs', setiap persalinan membawa penyataan yang yang bukan sekadar bergaya, tetapi juga berimpak.
Acara ini bukan sahaja menjadi tumpuan pencinta fesyen, malah turut menjadi medan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang memainkan peranan sebagai pemerhati budaya di media sosial
Jom kita lihat selebriti mana yang paling menepati tema, mencuri tumpuan lensa dan mencipta momen paling berkesan di karpet merah. - 7KLIK
Jennie Kim - Chanel |
Diana Ross - Eleven Sixteen |
ARTIKEL LAIN:
0 Comments