Pameran berlangsung sepanjang hari dari 1 hingga 11 Mei 2025 | FOTO: Astro/Max |
ASTRO bersama platform penstriman terkemuka dari Warner Bros. Discovery, Max membawakan satu pengalaman imersif buat semua di ibu kota.
Kwai Chai Hong, lorong bersejarah di Chinatown Kuala Lumpur (Petaling Street), bakal diubah menjadi dunia pasca-apokaliptik yang diinspirasikan daripada siri terkenal HBO Original, The Last of Us musim kedua.
Direka untuk menarik perhatian para peminat serta pengunjung, Max dan Astro bekerjasama dengan artis tempatan, Akid One, bagi menghasilkan mural The Last of Us di Kwai Chai Hong.
Lokasi ini turut menampilkan mural khas oleh Daphy yang bertujuan untuk menggambarkan tema-tema utama yang mendefinisikan The Last of Us musim kedua.
Keseluruhan pengalaman ini dilengkapi dengan efek bunyi dan pencahayaan sinematik untuk mempelawa orang ramai menyelami dunia yang diinspirasikan daripada musim terbaru siri ini.
Sama ada anda peminat setia drama pemenang anugerah Emmy ini atau sedang mencari lokasi bergambar yang menarik untuk Instagram, pameran unik ini adalah destinasi wajib dikunjungi. Pameran istimewa ini dibuka sepanjang hari dari 1 hingga 11 Mei 2025.
Barangan eksklusif
Selain itu, para pelanggan Astro turut berpeluang menebus barangan eksklusif The Last of Us musim kedua menerusi aplikasi MyAstro dan Astro dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Kwai Chai Hong – selagi stok masih ada.
Musim kedua The Last of Us kembali selepas lima tahun sejak penerbitan musim pertamanya. Musim kedua mengisahkan Joel dan Ellie yang terperangkap dalam konflik antara satu sama lain, serta dunia yang jauh lebih berbahaya dan tidak dapat dijangka berbanding sebelumnya.
Barisan pelakon yang kembali dalam musim terbaharu ini termasuk Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey (Ellie), Gabriel Luna (Tommy) dan Rutina Wesley (Maria).
Wajah-wajah baharu pula terdiri daripada Kaitlyn Dever (Abby), Isabela Merced (Dina), Young Mazino (Jesse), Ariela Barer (Mel), Tati Gabrielle (Nora), Spencer Lord (Owen), Danny Ramirez (Manny) dan Jeffrey Wright (Isaac)
Siri ini boleh ditonton di Max, serta di TV melalui HBO (saluran 411) atau distrim menerusi On Demand. Episod baharu untuk musim kedua akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan episod akhir pada 26 Mei 2025. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments