Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Irma Hasmie, Redza bercerai 6 bulan lalu


STATUS sebenar perkahwinan pelakon Irma Hasmie dan suami, Redza Syah Azmeer akhirnya terjawab apabila rakan baiknya mengesahkan pasangan itu telah bercerai sejak enam bulan lalu.

Perkongsian tersebut dilakukan oleh individu terbabit menerusi satu hantaran di Instagram Story milikinya pada Selasa dan turut dikongsi pengacara Amin Idris pada platform sama.

Menurut wanita terbabit, kenyataan tersebut dibuat bagi menjawab persoalan tentang status perkahwinan sahabatnya itu bagia mengelakkan timbulnya fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya (Irma Hasmie) ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

“Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas. Dengan persoalan yang sudah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, dia juga menjelaskan Irma, 42, dan anak-anaknya dalam keadaan baik dan bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.

“Dia dan anak-anak okey dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.

"Insya-ALLAH dia akan mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik-baik buat sahabat saya. Terima kasih semua,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga Irma dan Redza hangat diperkatakan selepas bekas suaminya itu berkongsi foto perkahwinan baharunya di media sosial.

Perkembangan tersebut mencuri perhatian ramai dan mencetuskan tanda tanda tentang status terkini perkahwinannya bersama Irma.

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.  - 7KLIK 


Post a Comment

0 Comments