Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Menangi pelbagai hadiah menarik sempena ulang tahun ke-16 Suria FM


BERSEMPENA ulang tahun ke-16, Suria FM menawar pelbagai hadiah menarik buat pada pendengar pada 24 November (Jumaat) ini menerusi sesi soal jawab mudah di segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), berkata, pihaknya berbesar hati memberikan hadiah istimewa kepada para pendengar sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka bersama stesen radio itu.

“Bertepatan dengan ulang tahun Suria ke-16 pada Jumaat ini, kami berbesar hati memberikan hadiah istimewa kepada para pendengar setia Suria FM yang sentiasa menyokong kami sejak pertama kali Suria berada dalam industri radio tanah air sehingga kini," ujarnya.

Antara hadiah menarik yang boleh dimenangi seperti pakej percutian 2 Hari 1 Malam tajaan Royale Chulan Damansara, Royale  Chulan The Curve dan Premiera Hotel Kuala Lumpur, eksklusif Guitar yang ditanda tangan oleh barisan artis popular tanahair dan lain-lain. Tidak ketinggalan barangan eksklusif Suria antaranya ‘headphone’ Suria, T-shirt, Sticker, beg ‘drawstring’ dan banyak lagi.

Bagi mereka yang ingin menyertainya, boleh mendengar isyarat memanggil menerusi segmen Gaya Suria dan Suria Cinta, dan menjawab soalan yang diajukan. - 7KLIK


[FOTO: Suria FM]

Post a Comment

0 Comments